Isnin, Mac 30, 2015

Budaya Kafe Ipoh

Budaya melepak minum kopi bukan budaya baru di Ipoh. Ini adalah kepakaran warga Ipoh; duduk melepak dengan bercawan-cawan kopi, berbual, bersosial dan mengelamun adalah hal-hal that we as orang Ipoh do best. We're too chill and laid back, we just wanna minum kopi and talk, talk, talk.

Bagi kita a cup of coffee dan dunia kita punya.

Sejak akhir-akhir ni, kafe-kafe bebas (tak termasuk kafe multinasional corporation) tumbuh mekar naik mencanak-canak di Ipoh. Sana-sini di setiap sudut boleh nampak ada saja kafe-kafe baru dibuka untuk menyertai 'parti'. Ada juga risau kemunculan lambakan kafe ni mampu flood the whole market. Seorang teman pernah  menyuarakan kebimbangan, "Deme ni gila ke? Ekonomi Ipoh dah la kecik."

Saya beritahu teman saya, "Takpa la, kalau deme lepas, kafe akan jadi culture, ekonomi penduduk lokal akan meningkat dan kalau gagal pun, at least aku percaya, sekurangnya half dari jumlah tu akan stay."

Pegangan saya mudah. Why bother tentang perniagaan orang lain? Let them run. If they lose, they lose dan kita takda apa nak dirugikan. If they win, it's a victory untuk the whole city.

Waktu saya dan geng Projek Rabak buka Khizanat pada 16 Mac 2013, budaya kafe dan space bebas masih lagi belum rancak. Mungkin hanya sekitar 10 kafe bebas dan hanya 2-3 ruang DIY yang wujud. Dalam masa kurang dari dua tahun, segalanya berubah. Sekarang, setiap kali pulang ke Ipoh, saya rasa macam balik ke K.L. Weird, I know.

Beberapa minggu lepas, terbaca satu artikel menyatakan jumlah kafe di sekitar Ipoh telah mencecah 81 buah kafe! Saya sangat terkejut dengan jumlah ni, kalau saya ada sakit jantung mungkin harus ke hospital sebentar.

Hal ni merupakan perkembangan sihat. Ini belum lagi termasuk ruang-ruang DIY, barber shop hipster, jenama-jenama streetwear lokal, kolektif-kolektif bebas dan lain-lain unit counter culture yang juga mula tumbuh dengan pantas. Hati saya girang kerana nampak potensi positif jika semua ni dapat dikekalkan momentumnya agar terus berkembang dan berterusan.

Sekarang bukan hanya kafe dan restoran fastfood multinasional saja yang mampu sediakan peluang pekerjaan, kini budak-budak lokal Ipoh boleh bekerja di semua tempat-tempat ni. I bet ramai suka kerja di tempat sebegini kerana balak-balak jambu dan makwe-makwe comel ramai berkunjung.

Saya suka juga memikirkan dengan naiknya semua ni mungkin dapat meminimakan perbelanjaan terhadap kafe-kafe antarabangsa, dengan meminimakan saluran wang, sedikit sebanyak ia akan mengurangkan pendapatan syarikat-syarikat ni. Untuk yang bencikan para kapitalis, ni masa anda membalas dendam!

Ketika menulis ni, ada ruang DIY baru akan dibuka specialise menganjurkan persembahan rock n' roll dan saya sangat yakin begitu juga halnya dengan kafe-kafe yang akan berterusan dibuka sana-sini. What's next untuk Ipoh? Foodtruck? Tukang Kasut Hipster?

Entah.

I don't know, but I do know, kita patut raikan now, sekarang, hari ni, jangan tunggu lagi. Help them to sustain, spend yr RM, support yr lokal products, promote 'em--drink that coffee and change the world.

Now, mana kopi aku?

Sabtu, Mac 21, 2015

Minah Hudud dan Rednecks 'Islam'

Dah lama tak tulis hal-hal serius.

Malam semalam, kembalinya saya dari satu acara, saya menonton sebuah video yang keluar di timeline Facebook. Video seorang minah make fun of hudud. Selesai menonton, saya letakkan phone dan tidur.

Subuh tadi, saya terbaca pula artikel tentang minah yang sama, artikel yang menghukum dia. Ada rednecks 'islam' nak bunuh, rogol dan bakar dia, yang mana ianya sangat tak islamic.

Not that saya sokong minah tu atau against/sokong hudud. Saya quite agak ikut flow tentang hal ni kerana setahu saya jika hudud dijalankan, saya yakin dengan life sekarang, saya mampu jadi manusia bertanggungjawab dan mungkin tak akan ada apa-apa sebab untuk saya dihududkan, jadi saya tak kisah dan tak mengelabah.

Otak saya terfikir, kalau betul hudud dijalankan dengan saksama, minah tu akan dikenakan hukuman dan saya percaya, orang yang ugut bunuh, rogol dan bakar juga patut dihududkan atas sikap redneck mereka.

Jadinya, nak hududkan siapa dulu? Minah tu atau rednecks 'islam'?

Rabu, Mac 18, 2015

ULASAN ALBUM: Mohd Jayzuan's 'Pop N' Roll' is A Feel-Good, Noisy Effort - Daily Seni

Ulasan pertama media untuk album kedua aku, 'Pop n' Roll'. Setelah 8 tahun tanpa apa-apa album, rasanya agak menyenangkan bila media mula kembali mengulas tentang muzik aku.



BACA DI SINI:

Mohd Jayzuan's 'Pop N' Roll' is A Feel-Good, Noisy Effort - Daily Seni

Dengar dua buah lagu dari album 'Pop n' Roll' di sini:

Mohd Jayzuan - SoundCloud


Selasa, Mac 17, 2015

Projek Rabak’s DIY art collective in Ipoh | #edGY

Projek Rabak​ ditubuhkan w bunch of my good friends; Adam Jalaludin​, Abdul Azim​, Seyn Jukey​, Riduan A-dullah​ and Sara Khalid. Bermula dari berenam, kami mula expand dengan ramai lagi krew; Amir Fazel​, Haziq Pratama​, Peteng Mosley​, Abdul Mushawwir​, Syafiq Effendi Faliq​, Shima Scarlett, Shahirah Mohd Nasir​, Harith Amirrul Mat Halim​ dan ramai lagi (tak tertulis) antara yang terawal lepak w us and bikin chaos di Ipoh's new wave art scene. Most of them, new faces, newcomers yang nak cari jalan explore benda depa minat.

Kita mula aktif bikin macam-macam event, terus jalan tanpa henti dan buka publishing house Rabak-Lit​ and our own art space + distro + kafe; Khizanat​.

Tanpa semua orang sedar Rabak mula jadi movement. Ada orang panggil kita saviours, hipsters, poseurs, syok sendiri and so on. Kita tak pernah ambil pusing. Rabak bukan lagi hanya untuk Ipoh, ia untuk ramai orang yang dahagakan ruang untuk jadi mereng dan sasau. Kita selalu buka pintu untuk tu.

Tahun berjalan corporate mula cari Rabak and once in a while kami 'jual' our souls to them to do things kita suka dalam skala besar dalam acuan yang kami suka. Dalam masa sama kami masih bikin hal-hal DIY yang selama ni kami percaya dan memang jadi antara teras utama kolektif.

Our venture terbaru ialah menjadi record label dengan menerbitkan 'Pop n' Roll​' dan ada beberapa artis/band yang already dalam list untuk diterbitkan di masa akan datang.

Tak tahu apa future dihidangkan untuk Rabak, tapi kami selalu berhenti bernostalgia tentang hal-hal lalu (kerana kami percaya terlalu mengenang memori kadangkala merbahaya buat kita tak bergerak) dan apa yang Rabak mahu adalah now.

This is our now, and kami nak embrace it.

BACA ARTIKEL DI SINI:

Projek Rabak’s DIY art collective in Ipoh | #edGY

Jumaat, Mac 06, 2015

Setelah 8 Tahun, Album Solo Kedua Sudah Sampai, Beb


Pre order ‪#‎popnroll‬ dibuka sekarang! Sejak dari banyak tahun lepas ramai orang cakap tentang rindu Free Love. The truth is, aku sendiri tak pasti future of the band. Apa yang aku pasti, album ni berdiri atas estetika sama w Free Love.

Kalau gemar indie rock, ni jawapannya. Gaya 90an!

Album pertama terbitan @projekrabak (more artists soon) yang expand as record label tahun ni.
Expect shows and touring again from Yrs Truly and gang.

Spread the words. Peace!
-------------------------------------------------
Cara pre order:
1. Masukkan RM30: Maybank - Projek Rabak Studio (564258575961).
2. WhatsApp +60137936418 atau emel projekrabak@gmail.com. Subjek 'Pop n' Roll'.
3. Lampirkan bukti pembayaran, nama penuh, alamat dan nombor telefon.
4. Tunggu Kool Inche Posmen.