Isnin, Mei 18, 2015

Check Our Scene Before Kena Check Mate

Budaya menonton gigs berbayar di hujung minggu patut diraikan semula seperti ritual. Menonton persembahan band-band counter culture; very alternative dan non-mainstream adalah antara kegemaran saya sejak remaja. Seperti ada satu sihir halus memukau setiap kali hadir menonton show-show begini. Ia bukan hanya melonjakkan adrenalin, malah ia mampu meluahkan rasa-rasa bebal terbuku di dada dan kepala yang hanya kadangkala dapat dileraikan dengan loud rock n' roll music. 

Beberapa tahun kebelakangan kita dapat menyaksikan budaya ini seperti tidak berapa mendapat sambutan dari crowd. Penganjur-penganjur sentiasa mengadakan acara tetapi jumlah yang datang semakin lama semakin tak memberangsangkan.

Mengikut pengalaman lama, di Ipoh, jumlah asas/standard orang hadir untuk sesuatu persembahan lebih kurang 500 orang dan boleh mencecah ke ribuan pengunjung. Gigs akan dikira sebagai 'cukup-makan-tak-sukses' jika yang datang hanya 300 orang. Jumlah ini masih jauh lebih banyak dibandingkan dua-tiga tahun lepas di Ipoh yang berputar hanya lingkungan 150-200 orang dan akhir-akhir ini kelihatan semakin merundum sehingga 50 orang untuk sesuatu gigs! Ini hal yang amat merisaukan, lebih menakutkan dari GST.

Saya sedang bercakap tentang fringe gigs dan bukan festival besar masuk percuma (which is fine by me) yang sudah pasti akan dipenuhi ramai.

Apa masalah sebenarnya di sini? Penganjur tak pandai promosi? Crowd tak support? Scene dah nazak? Bands tak lagi punya pengaruh? 

Jawapan atau teori saya, semua.

Melihat kepada perkembangan terkini scene lokal di Ipoh, saya boleh lihat betapa semua orang hanya sibuk dan resah tentang perut masing-masing. Tiada lagi kebersamaan dan kurang networking antara sesama. Oleh kerana itu semasa Projek Rabak bikin Ipoh Kreative (festival selama 7 hari) Januari 2015 lepas, kita cuba mengabungkan semua liga kesenian dan seberapa banyak kolektif/label/kroni lain yang termampu dan willing membantu dan hasilnya agak memberangsangkan.

Malah baru-baru ini apabila kami buat gigs kecil (buat sendiri dan tak bergabung) kami juga terima tempias yang sama. Ini membuktikan kita patut bekerjasama dan bukan lagi sendiri-sendiri.

Kita patut sedar, kita di dalam scene tak ada fans, hanya ada supporters yang tak jemu-jemu menyokong, membeli dan hadir menyaksikan kita bermain. Jadi kita perlu dan hukumnya harus mengukuhkan semula 'ukhwah' sesama sendiri di dalam scene.

Konsep tak ambil peduli tentang orang lain ini wajib dihapuskan. 

Secara peribadi, agak tak faham dengan senario ini, pernah beberapa kali saya dan krew Rabak approach dan menjemput beberapa orang/kolektif/label lain untuk turut bersama bikin benda--tapi kami tak dapat feedback yang diharapkan. Hal-hal ini membingungkan kerana saya membesar dalam scene (Bodysurf Music) yang semua orang mahu bersama menjalankan projek, jadi apabila geng-geng bersikap begini, ianya satu hal meloyakan dan buat saya mahu muntah. Kebersamaan itu sudah mati dan ia secara tak langsung sedang membunuh scene secara perlahan.

If you love our scene, start minum kopi bersama, kongsi idea dan bergabung, because we ain't that popular so jangan perasan that people will check our scene by themselves.

Check our scene before kena check mate, my friends.

5 ulasan:

Danielle Rhye Avrahamovic berkata...

Setuju!!!!

I grew up in the same environment, band2 sekarang banyak beza dengan band2 dulu yang united, sekarang pun patut ada kolaborasi. Scene dulu gempak habis even takde funds or contents yg byk. Sekarang ni, ada hebahan through social media pun orang tak datang. Atau, sebenarnya orang lebih suka entertainment from youtube and mainstream media.Tapi kalau tak collaborate memang boleh membunuh indie scene. Now it has been revived, cuma boleh harapkan revival period yang menyatukan semua band and organizers! I love Ipoh!

MJ berkata...

Danielle, sosial media ni merbahaya gak, buat orang kurang nak keluar experience real life/people.

Danielle Rhye Avrahamovic berkata...

Setuju, mungkin itulah sindrom yang melanda scene sekarang?

WanBeruas berkata...

..Saya dari generasi X dan banyak melalui/mengalami situasi UG pada awal tahun 90an di mana scene ketika era itu amat memberangsang dan supportif dari semua...Gig diadakan dengan bercampur dari pelbagai genre...Kami buat semuanya secara UG dengan kemudahan yang sangat sangat minimal...Sekarang segala nya mudah...semua boleh dipetik dengan jari...ini antara yang membezakan era 'purba' kami dan era internet gen Y...

MJ berkata...

WanBeruas, saya rasa kita harus juga raikan arus permodenan ni, misal kata; gunakan sosial media untuk promosi band atau artwork. :)