Sabtu, Mac 21, 2015

Minah Hudud dan Rednecks 'Islam'

Dah lama tak tulis hal-hal serius.

Malam semalam, kembalinya saya dari satu acara, saya menonton sebuah video yang keluar di timeline Facebook. Video seorang minah make fun of hudud. Selesai menonton, saya letakkan phone dan tidur.

Subuh tadi, saya terbaca pula artikel tentang minah yang sama, artikel yang menghukum dia. Ada rednecks 'islam' nak bunuh, rogol dan bakar dia, yang mana ianya sangat tak islamic.

Not that saya sokong minah tu atau against/sokong hudud. Saya quite agak ikut flow tentang hal ni kerana setahu saya jika hudud dijalankan, saya yakin dengan life sekarang, saya mampu jadi manusia bertanggungjawab dan mungkin tak akan ada apa-apa sebab untuk saya dihududkan, jadi saya tak kisah dan tak mengelabah.

Otak saya terfikir, kalau betul hudud dijalankan dengan saksama, minah tu akan dikenakan hukuman dan saya percaya, orang yang ugut bunuh, rogol dan bakar juga patut dihududkan atas sikap redneck mereka.

Jadinya, nak hududkan siapa dulu? Minah tu atau rednecks 'islam'?

Tiada ulasan: