Isnin, Mac 30, 2015

Budaya Kafe Ipoh

Budaya melepak minum kopi bukan budaya baru di Ipoh. Ini adalah kepakaran warga Ipoh; duduk melepak dengan bercawan-cawan kopi, berbual, bersosial dan mengelamun adalah hal-hal that we as orang Ipoh do best. We're too chill and laid back, we just wanna minum kopi and talk, talk, talk.

Bagi kita a cup of coffee dan dunia kita punya.

Sejak akhir-akhir ni, kafe-kafe bebas (tak termasuk kafe multinasional corporation) tumbuh mekar naik mencanak-canak di Ipoh. Sana-sini di setiap sudut boleh nampak ada saja kafe-kafe baru dibuka untuk menyertai 'parti'. Ada juga risau kemunculan lambakan kafe ni mampu flood the whole market. Seorang teman pernah  menyuarakan kebimbangan, "Deme ni gila ke? Ekonomi Ipoh dah la kecik."

Saya beritahu teman saya, "Takpa la, kalau deme lepas, kafe akan jadi culture, ekonomi penduduk lokal akan meningkat dan kalau gagal pun, at least aku percaya, sekurangnya half dari jumlah tu akan stay."

Pegangan saya mudah. Why bother tentang perniagaan orang lain? Let them run. If they lose, they lose dan kita takda apa nak dirugikan. If they win, it's a victory untuk the whole city.

Waktu saya dan geng Projek Rabak buka Khizanat pada 16 Mac 2013, budaya kafe dan space bebas masih lagi belum rancak. Mungkin hanya sekitar 10 kafe bebas dan hanya 2-3 ruang DIY yang wujud. Dalam masa kurang dari dua tahun, segalanya berubah. Sekarang, setiap kali pulang ke Ipoh, saya rasa macam balik ke K.L. Weird, I know.

Beberapa minggu lepas, terbaca satu artikel menyatakan jumlah kafe di sekitar Ipoh telah mencecah 81 buah kafe! Saya sangat terkejut dengan jumlah ni, kalau saya ada sakit jantung mungkin harus ke hospital sebentar.

Hal ni merupakan perkembangan sihat. Ini belum lagi termasuk ruang-ruang DIY, barber shop hipster, jenama-jenama streetwear lokal, kolektif-kolektif bebas dan lain-lain unit counter culture yang juga mula tumbuh dengan pantas. Hati saya girang kerana nampak potensi positif jika semua ni dapat dikekalkan momentumnya agar terus berkembang dan berterusan.

Sekarang bukan hanya kafe dan restoran fastfood multinasional saja yang mampu sediakan peluang pekerjaan, kini budak-budak lokal Ipoh boleh bekerja di semua tempat-tempat ni. I bet ramai suka kerja di tempat sebegini kerana balak-balak jambu dan makwe-makwe comel ramai berkunjung.

Saya suka juga memikirkan dengan naiknya semua ni mungkin dapat meminimakan perbelanjaan terhadap kafe-kafe antarabangsa, dengan meminimakan saluran wang, sedikit sebanyak ia akan mengurangkan pendapatan syarikat-syarikat ni. Untuk yang bencikan para kapitalis, ni masa anda membalas dendam!

Ketika menulis ni, ada ruang DIY baru akan dibuka specialise menganjurkan persembahan rock n' roll dan saya sangat yakin begitu juga halnya dengan kafe-kafe yang akan berterusan dibuka sana-sini. What's next untuk Ipoh? Foodtruck? Tukang Kasut Hipster?

Entah.

I don't know, but I do know, kita patut raikan now, sekarang, hari ni, jangan tunggu lagi. Help them to sustain, spend yr RM, support yr lokal products, promote 'em--drink that coffee and change the world.

Now, mana kopi aku?

6 ulasan:

Putus-putus berkata...

Pawer. Ambo suko!!

MJ berkata...

Putus-putus, maghi la Gu ke kafe ambo.

ayu rani berkata...

This is the good one bradahh!

MJ berkata...

ayu rani, TQaseh! :D

belacanhangit berkata...

Tllu byk..mknn yg sama...rega mahal kdg2 xsedap.. hmm.. xde ke kafe hipster yg wt mknan ala kampung?

MJ berkata...

belacanhangit, tak pasti pula. :)