Jumaat, Ogos 30, 2013

The Daily Seni, Pop n' Roll & Khizanat KL

Lama juga aku tak update blog, hampir dua bulan lamanya. Apa cerita baru? Ada beberapa cerita baru yang boleh dikongsi dengan korang semua.

Yang pertamanya, aku dah mula menulis untuk sebuah portal; The Daily Seni. Kalau korang lama tak nampak aku update apa-apa kat sini, maybe aku ada update apa-apa kat sana. Boleh check dan baca column aku kat sana.

Keduanya, lepas bertahun aku tak berapa nak aktif main muzik, aku baru ni dah settle-kan proses rakaman album baru yang sekarang dalam proses mastering. Album ni tajuknya 'Pop n' Roll' dan muziknya boleh aku katakan tak sama langsung dengan album solo pertama yang sangat poppish tu. Album kali ni agak raw dan wild. Nanti akan ditulis lanjut tentang album tu. Kalau nak news lebih advance boleh 'like' Mohd Jayzuan di Facebook atau ikut aku di Twitter.

Ketiga dan news penting yang terakhir untuk current ni, aku dan kawan-kawan akan buka Khizanat KL (klik untuk ke Facebook kami), ikut di Twitter dan kalau ada Instagram follow; @KhizanatKL. Bagi yang masih clueless dan tak tahu apa tu Khizanat; ianya sebuah distro, art space, social club--kata mudahnya, boleh jadi tempat melepak, place to melepak. Boleh juga ikut Khizanat (link untuk Khizanat asal yang terletak di Ipoh) untuk 'kaji' dan study lebih lanjut pasal Khizanat.

That's it for now. Selamat berpuasa enam dan selamat merdeka!