Rabu, Jun 05, 2013

Beli '28 Hari Anarki' Untuk Masa Depan Gemilang

Sejak dua buah buku aku; '28 Hari: Jurnal Rock n' Roll' dan 'Anarki di Kuala Lumpur' yang diterbitkan penerbit kultus; Sang Freud Press habis di pasaran atau dengan kata separa eksyennya--sold out. Ramai juga yang masih tercari-cari dan tertanya-tanya kat mana lagi boleh dibeli kedua-dua buku tu. Setiap kali soalan ni diajukan, aku turut bingung. Tak ada jawapan yang tetap atau menyakinkan aku boleh kasi selain tersenyum kambing.

Sehinggalah baru-baru ni penerbit buku alternatif yang hangat di pasaran; Lejen Press mahu menerbitkan semula kedua-dua naskah ni.

Awesome-nya tentang terbitan kali ni ialah kedua-dua buku akan digabungkan menjadi satu. Dua cerita dalam sebuah buku. Two plus one. Kombo! Dijual dengan harga sebuah buku! Kulit muka buku baru ni juga dibikin semula oleh geng Lejen mengikut kesesuaian konsep in house mereka.

Korang boleh usha dan lagi kool kalau 'like' Facebook page '28 Hari: Jurnal Rock n' Roll + Anarki di Kuala Lumpur' dan terus tanya pada penerbit bagaimana nak angkat buku special ni. Angkat lebih-lebih sket, aku nak bikin rumah atas bukit.

Peace out!


Selasa, Jun 04, 2013

Konflik Ada Tempoh Tamat

Ada banyak perkara yang mahu diperjelaskan semahu-mahunya. Tapi tak semuanya dapat kita cerita.

Konflik ada di mana-mana. Di pejabat-pejabat besar, kedai-kedai runcit, gerai-gerai jalanan, dalam tandas, dalam pungkoq pesakit diarrhea dan di mana-mana saja celah pelusuk dunia.

Berkonflik dengan orang yang kita kenal adalah perkara biasa yang aku kira terjadi pada kebanyakkan kita.  Sejak kecil kita dah berkonflik dengan adik-beradik atau keluarga, jadi tak ada apa patut dihairankan kalau konflik terjadi dalam persahabatan.

Cuma, apa yang hairan bin ajaib ialah apabila ada pihak-pihak, individu-individu, mat-mat dan minah-minah yang tak tahu apa-apa atau hanya dengar sebelah cerita nak join in the party. Oh gang, so not kool. Biarlah manusia-manusia berkonflik selesaikan sendiri--parti dan pesta masing-masing punya, go find yr own conflict and party with it.

Tak kira siapa betul atau salah, third party tak tahu cerita adalah A BIG NO NO. Jaga anu sendiri, berhenti jentik anu orang lain. Jika diteruskan, itu adalah topik jenaka di meja kopi. A sad joker.

In the end of the day, bila duduk diam-diam bersendiri; di kamar gelap, atas mangkuk jamban, atas katil, di depan televisyen atau bersendiri di mana-mana, orang-orang berkonflik tahu, kami adalah orang-orang yang merindu;

Satu
sama
lain.