Rabu, April 03, 2013

Tentang 'Aksi Reaksi 2: Dokumentasi Dum Dum Tak'

Brudda tulis buku ni namanya Nizang; punk rocker berkaca mata yang rileks-rileks dan kool. Sebelum borak pasal buku dia, nak cerita sikit camna aku kenal mamat Terengganu ni. Cerita lama, 90an punya hal.

Masa tu aku belasan tahun (umur kami sama), gils babs fanatik dengan hal-hal counter culture--underground scene. Satu hari aku dapat tahu pasal 'Mosh', fanzine punk rock dan skate tulisan Nizang. Time tu aku pun skate dan tulis zine punk rock sendiri dengan beberapa kawan sekampung. Ini semua zaman zine fotostat hitam putih, zaman potong artikel-gam-fotostat, zaman rajin tulis artikel marah-marah sana-sini.

Kami mula berutus surat, ol' skool style! No social networks.

Sejak dari tu, kami sentiasa ambil tahu tentang progress masing-masing secara tak langsung, hinggalah kami berjumpa face to face di Koala Lumpor (ye ke?)--tapi aku lupa di mana dan waktu bila (mungkin Nizang ingat).

Nizang aktif, main band, tulis zine, bikin record label--dedikasi dia pada scene memang tak terhingga. Aku rasa RM yang dah dihabiskan untuk scene maybe boleh buat duit beli tanah kat tepi pantai Terengganu sana. Kalau dalam scene ada jawatan, aku vote mamat ni jadi menteri.

Buku 'Aksi Reaksi 2: Dokumentasi Dum Dum Tak' adalah buku ditulis secara sangat santai dan ianya bahan bacaan ringan walaupun isinya agak berat; tentang punk rock, politik, isu-isu humanity dll. Dengan saiz poket yang sesuai dibawa ke mana saja, aku menyarankan buku ni dimiliki muda-mudi yang mahu bacaan rock n' roll acuan Nizang--no sex or drugs. Ini bukan sastera tinggi, ini tulisan direct tak ada bahasa bunga-bunga dan tak ada cubaan jadi pseudo intellectual. Baca buku ni dan kita akan tahu, this is Nizang.  People should write because they want to express, not to please others. Dan Nizang did it well, write to express, to document--Nizang bukan nak masuk pertandingan menulis. Buku ni offer pure and raw materials. Kalau nak cari kesalahan tatabahasa atau standard penulisan tinggi-tinggi, boleh cari kat tempat lain.

Dengan prakata ditulis oleh Hishamuddin Rais, aku rasa buku ni patutnya dah diangkat jadi bahan bacaan wajib punk rockers terutamanya dan mat-minah yang belajar-belajar nak jadi rock. Mungkin buku ni tak cukup deep bagi sesetengah orang, but, perkara paling penting adalah contribution buku ni untuk scene. Sumbangan walau sekecil manapun atau seteruk manapun still wayyy better than do nothing.

'Aksi Reaksi 2: Dokumentasi Dum Dum Tak' diterbitkan oleh Perak Alternatif Press & Distro dan Kolektif Kaki Ketik. Boleh hubungi mereka untuk tempahan online atau yang berada di Ipoh boleh terus walk in ke Khizanat. Beli dan sokong scene punk tempatan moga ia terus subur dan menggegarkan!

Gambar di bawah adalah pose-konon-messy-punk-rock dengan harapan buku ni bakal terjual sebanyak mungkin, walaupun yang sebenarnya depa patut letak balak hensem dan makwe cunz untuk pose dengan buku ni.

Adios. Viva la punk!