Khamis, Mac 28, 2013

Projek Streetwear

Banyak tahun lepas, aku dan sorang member ada bikin satu clothing line, Evol. Kami keluarkan t-shirt, kemeja, kasut DIY-conteng-sendiri, cap dan vest. Evol tak tahan lama, komitmen kami masing-masing dusyum ke laut. Lepas banyak tahun tu, ada juga terfikir nak bikin balik clothing line, tapi sebab tak ada masa (baca: malas atau wang tarak) aku simpan je diam-diam dalam hati.

Tapi beberapa minggu lepas, nafsu nak bikin semula streetwear membuak-buak, mungkin sebab teruja tengok baju-baju dihantar untuk dijual di Khizanat. Semangat datang tiba-tiba, tak boleh ditahan-tahan lagi, nafsu menderu berlumba-lumba. Kapow! Aku siap bikin design pertama dengan bantuan Stellz.


Kalau nak nampak koolz, beli baju ni. Nak nampak poyo pun beli baju ni. At least, kalau orang kutuk poyo pun, tapi bergaya--si poyo yang bergaya. T-shirt ni sesuai untuk semua yang true to the core sampai poseur boleh pakai. Kalau low self esteem nak mengayat, pakai baju ni try ngurat, maybe boleh dapat, kalau tak dapat pun takpa, balik bikin lagu punk rock dan marah. Rayakan budaya pop, friends.

'Punk Rock Bukan Jenayah' dalam tiga warna, saiz 'S' dan 'M' (t-shirt print on Gildan). 

Cara-cara membeli:


1. Bank in jumlah yang dinyatakan ke akaun Maybank 558314419848 (Khizanat).


2. Emel nama barangan, slip pembayaran, nama, alamat, nombor telefon, warna dan saiz ke khizanatipoh@gmail.com.


3. Kemudian tunggu inche posmen dengan penuh sabar dan senyum.


4. Mudah, kan? Masih lagi blur? Korang call, text atau WhatsApp je la ke: +6012-5622353.


5. Walk in terus ke Khizanat.

RM50 (penghantaran percuma/free shipping)







Isnin, Mac 18, 2013

Post Pelancaran Khizanat

2013 untuk aku bermula dengan agak harsh sebenarnya. Macam-macam perkara bitter terjadi. Emotionally disturbed with surrounding. Tapi, aku tahu, aku tak pernah screw sesiapa and tu membuatkan aku rasa mighty good about myself. I, maybe an arsehole, but I don't screw people, especially my friends.

Dalam situasi anarki dan huru-hara tu, aku macam biasa, terus berjalan dan mencari-cari mimpi.

Allah the Greatest. Dia duga aku macam-macam untuk bagi aku semula macam-macam. Dan apa yang diberi tu melampau-lampau berbaloi and worth it. Happiness berganda.

Sabtu lepas adalah hari pelancaran/pembukaan Khizanat; art space + distro + social club + mini kafe yang aku usahakan bersama beberapa kawan.

Melihat orang-orang yang datang, bersosial dan berkenalan dengan kawan-kawan baru amat refreshing. People datang bukan saja dari Ipoh, malahan luar--ada dari Seremban, Kedah, Selangor, K.L, Johor dan daerah-daerah lain yang asing. Komunikasi sesama manusia mengembirakan aku, buat aku tersenyum, macam lelaki miang nampak nurse cantik.

I love my current surrounding, top notch atmosphere, great great friendship. Positive vibes, mode on. Hatred terbang ke tong sampah.

Foto hari pelancaran.

Isnin, Mac 11, 2013

Cara Mudah Beli T-Shirt Projek Rabak, Khizanat dan Rabak Lit

Ada barang baru, panas baru keluar dari oven! Sebelum lebih ramai yang bertanya camna nak dapatkan--beli baju-baju ni, kat sini aku sediakan cara-cara paling mudah, simple, sap sap soy untuk semua. Even, orang paling malas dalam dunia pun mampu bikin, percayalah.

Mula-mula, usha la baju mana yang korang minat. Setakat ni baru keluar 3 designs ni je. Di bawah entry ni korang boleh usha design-nya.

1. Projek Rabak 'Generasi Rabak'
2. Khizanat 'T-shirt Rasmi'
3. Rabak Lit 'Buku Tak Mati'

Kesemua baju di atas harganya RM40 by hand dan RM50 (termasuk bayaran Pos Laju) jika melalui online.

Cara-cara membeli online:

1. Bank in jumlah untuk setiap harga baju ke akaun Maybank 558314419848 (Khizanat).
2. Emel slip pembayaran, nama, alamat, nombor telefon, warna dan saiz ke khizanatipoh@gmail.com.
3. Tunggu inche' posmen sampai dan kemudiannya boleh bergaya.

Mudah nak mamps, kan?

Kalau nak beli by hand, boleh walk in ke Khizanat terus atau boleh jugak dibeli masa Pelancaran Khizanat pada 16 Mac 2013 ni.

Sebarang pertanyaan boleh call terus ke 0125622353. Tolong kongsi entry ni ya. Peace!




Isnin, Mac 04, 2013

Pra Pelancaran Khizanat


Januari 2011, aku dan beberapa orang kawan bikin sebuah kolektif art, Projek Rabak. Direction-nya adalah untuk meraikan budaya pop--mengembangkan dan berkongsi seni. Kami bermula tanpa satu sen pun. Tempat pertama kami gunakan untuk bikin acara adalah Menora; sebuah pusat tuisyen milik seorang teman yang juga pengasas bersama Rabak. Di Menora ada sebuah dewan yang boleh memuatkan sekitar 80-100 orang, di situlah buat pertama kalinya acara Rabak dibikin--‘Wayang Rabak’; menayangkan filem-filem kepada umum dengan tiket RM3 dan popcorn D.I.Y! Bermula dari situ, di tempat yang sama kami mula anjurkan bacaan puisi, akustik, forum dan secara tak langsung ianya berkembang perlahan-lahan menghubungkan karyawan-karyawan dan fanatik-fanatik seni. Rabak mula dijemput ke acara-acara luar dari Ipoh dan mula dikenali sebagai sebuah pergerakkan counter culture. The art scene for youth kembali kick arse di Ipoh.

Projek Rabak tak ada sempadan, tak ada dinding pemisah--terbuka untuk semua yang berminat merayakan kesenian untuk bersama berkongsi menjadi satu. Jadinya, dalam kolektif kami ni penuh dengan karyawan-karyawan pelbagai cabang art. Dari pembikin filem amatur, pelukis, penyajak, pemuzik hinggalah ke mime artist, dan, yang paling ramai sekali adalah penulis.  Maka atas sebab tu jugalah kami menubuhkan rumah penerbitan sendiri dinamakan Rabak Lit pada April 2012.

Fokus Rabak-Lit adalah menerbitkan karya penulis-penulis yang kami suka, yang tulisannya menawarkan penulisan alternatif berbanding tulisan sedia ada di arus perdana. Kebanyakkan mereka adalah penulis-penulis underground yang tak punya lulusan atau sijil penulisan daripada mana-mana kolej mahupun universiti. Kami suka, kami terbit, kami jual. Kami tak kaya tapi happy.

Sejak dari bermulanya Rabak, bermacam suka dan pelbagai duka dihadap. Kawan baru datang, kawan lama hilang, musuh jadi kawan, kawan jadi lawan. Penyokong Rabak di mana-mana dan pembenci Rabak juga di mana-mana. Segalanya seimbang menunjukkan yang dunia adil. Konflik dan drama dalam friendship adalah perkara yang tak dapat dielakkan. Ayat klise; it’s hard, but that’s life. Yang berhenti biarkan berhenti, yang masih percaya pada mimpi-mimpi dialu-alukan dengan pintu terbuka untuk join the club. So, what's next in the camp?

Dengan izin Big Boss Besar, insya Allah, pada 16 Mac ni akan dilancarkan pula Khizanat

Apa sebenarnya Khizanat?

Bagi kami, ianya adalah art space; tempat karyawan-seniman berkumpul menghidupkan seni. Juga adalah sebuah kelab sosial—community club; tempat melepak menghubungkan pencinta-pencinta art. Dalam masa sama sebuah distro menjual buku, fesyen, muzik yang ada menyediakan homemade burger, kopi dan makanan-makanan simple yang lain. Turut mempunyai galeri dan ruang untuk mengadakan live performance for bands, singer-songwriters, poets dan lain-lain.

Minta tolong bagi yang mengetahui tentang Khizanat untuk menyebarkan cerita tentang tempat baru ni. Kami mahu berhubung, teruskan berhubung, mari berhubung, kerana hanya dengan berhubung silaturrahim akan terjalin dan budaya pop tak akan mati.

Semua dijemput dan dialu-alukan ke Khizanat kerana ianya tempat untuk semua. 7 hari seminggu, 24 jam sehari. Jika ada masa lapang, dijemput datang ke pelancaran Khizanat. Klik di sini untuk lihat maklumat lanjut tentang siapa yang akan perform dan apa lain yang disajikan. Ada muzik, ada filem, ada buku dan macam-macam lagas. 

Happy Monday!