Selasa, Januari 22, 2013

Khizanat? Apa Kot?

Mimpi-mimpi tak akan mati selagi kita tak berhenti.

Aku dan Adam, seorang kawan sekampung; salah seorang pengasas Projek Rabak dan pencipta PeaceBeUponYou pernah ada satu mimpi. Mimpi tu adalah membuka sebuah port/HQ/kedai atau (letak apa nama sesuai di sini). Sebuah tempat yang meraikan pop culture dan merayakan kesenian. 

Beberapa tahun berlalu, mimpi-mimpi kami hanyalah borak-borak kosong di kedai kopi, angan-angan Mat Jenin--tak ada tanda-tanda akan terjadi sehinggalah tiga ratus lima puluh tahun kemudian, pada tahun ni, 2013. Dengan usaha dan kerja keras kawan-kawan lain di Rabak; terutama Seyn dan Riduan A.dullah, kami akhirnya sedang dalam proses membuka 'port' sendiri di bandar tua kami; Ipoh. Tempat ni kami namakan, Khizanat. Apa maksudnya? Ayuh tanya Inche' Google.

Apa sebenarnya Khizanat ni? Mungkin ianya adalah art space--ruang untuk seniman-seniman dan artis-artis berkarya (atau melepak). Dalam masa yang sama, di Khizanat ada disediakan bahagian buku, pakaian, cakera padat, galeri, live venue (untuk gig, reading, screening etc.) dan sedikit makan minum dan beberapa stuff lain lagi. Ianya bukan kafe total. Atau butik. Atau pun kedai buku besar. Mahupun kedai muzik. Apatah lagi galeri seni yang hebat ataupun kelab muzik. Aku sendiri keliru. Kami sendiri keliru. Mungkin apa yang paling hampir adalah art space ataupun social club. Kelab di mana mengumpulkan orang-orang yang berminat dengan hal-hal berkaitan. Entah.

Ketika aku menulis ni, Khizanat masih lagi dalam proses renovation. Tinggal 70% untuk disiapkan. Insya Allah jika tak ada masalah, pertengahan Februari kami akan buka pintu. 

If berminat mahu tahu berita-berita terkini Khizanat. Boleh 'like' Khizanat di Facebook, ikut di Twitter dan cari kami di Instagram: @khizanat. Kalau ada pula yang mahu letak stuff, boleh call: 0125622353.

Aku akan update blog dengan tarikh pembukaan nanti. Atau ikut je link di atas. Di bawah adalah logo Khizanat yang dibikin Adam sendiri.

Mari berhubung!

Selasa, Januari 15, 2013

Pix 'Kelas Filem' bersama Dain Said di Sekolah Rabak

Sedikit pix daripada 'Kelas Filem' bersama Dain Said di Sekolah Rabak. Untuk lihat lebih banyak gambar-gambar, boleh klik sini!