Isnin, Mei 27, 2013

Ipoh Alternative!, Hujan, Love Me Butch, Marjinal dan Budaya Pop!

Definition of cool berbeza-beza untuk pelbagai orang. Bagi aku, untuk dua minggu akan datang, definition of cool aku mudah. Siapa pergi 'Ipoh Alternative!', dia cool. Super cool. Lagi cool daripada the word, 'COOL'. Much cooler than ais batu campur, bro.

Apa kebendanya 'Ipoh Alternative!' ni?

Sebuah festival kecil-kecilan dibikin kutus Projek Rabak yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut dalam satu minggu; 8, 9 dan 10 Jun 2013. Festival mengumpulkan ulat-ulat buku, kaki-kaki filem dan fanatik-fanatik muzik. Dijangka minggu paling meriah untuk pop culture kakis terutama yang di Ipoh. Yang dari luar Ipoh, digalakkan turun dan be part of the festival.

Booth-booth penerbit buku alternatif akan dibuka, filem-filem bawah tanah daripada filmmakers yang mahu bikin 'gelombang baru' menunggu untuk ditonton dan band-band rock n' roll yang akan menjajah pentas dah tak sabar nak blast and keringkan anak tekak menyanyi bersama!

Dua buah band besar rock n' roll Malaysiana; Hujan dan Love Me Butch juga akan bikin sessi up close bersama supporters mereka dan full set showcase dalam rangka tour mempromosi album baru depa.

Boleh usha poster di bawah, kalau nak baca info festival dengan lebih lanjut dan nak tahu lebih mendalam, boleh klik: Ipoh Alternative!


Festival akan ditutup pada hari Isnin dengan lagenda punk dari Indonesia, Marjinal. Poster untuk persembahan mereka ada di bawah dan untuk info lanjut klik: Marjinal - Berseronok Tour 2013 (IPOH).


Come to our lil' old town. Layan Ipoh Alternative!, tonton band-band rock n' rolla, rayakan budaya pop dan makan Nasi Ganja! Tolong sebarkan pada kenalan!

Peace!

2 ulasan:

Jean Thierry Cha berkata...

bro,lama tak tengok lu update entry. Nasib bek tenet ado. Kalau tak,memang tak dengar crita lagi lah projek rabak lu,beb. btw,keep moving! budak-budak indie memang terbaikk!

MJ berkata...

TQaseh banyak Jean! Keep in touch ok! ;-)