Isnin, Mei 20, 2013

28 Hari Anarki

22 Mei 2013 ni, tepat tiga tahun buku pertama aku, '28 Hari: Jurnal Rock n' Roll' keluar. Dalam masa tiga tahun ni jugak aku dah keluarkan beberapa buah buku, salah satunya novella, 'Anarki di Kuala Lumpur'. Apa yang aku tahu kedua-dua buku ni dah kehabisan stok dan tak ada lagi dijual di mana-mana kedai buku setelah terbitan pertama selamat di-sold out-kan. Tabik untuk semua yang membeli dan tak pernah berhenti menyokong.

Permintaan untuk kedua-dua buah buku masih tak pernah putus, malah ada pembaca-pembaca baru yang mencari-cari di mana boleh depa dapatkan '28 Hari' dan 'Anarki'.

Afraid not. Dalam masa terdekat korang dah boleh dapatkan kedua-dua buah buku tu. Paling layan adalah, kedua-duanya akan digabungkan dalam satu buku. Dua dalam satu.

Kombo buku tu akan diterbitkan semula oleh penerbit baru aku; Lejen Press. Apa-apa hal korang boleh contact depa untuk tanya perkembangan lanjut.

Tolong beritahu semua kenalan dan ulat-ulat buku yang literature rock n' roll tempatan kembali bernafas.


6 ulasan:

Seriy Amran berkata...

Tahniah abang Jay! Seri akan beli buat collection sebab dah ada yang dulu punya! :)

MJ berkata...

TQaseh Seriy! Dari dulu tak pernah berhenti menyokong.

Sang Gabriel berkata...

bro, nak tanya kau pernah perform di esplanade singapore?

MJ berkata...

Sang Gabriel, pernah. Kenapa ya?

Sang Gabriel berkata...

oh itu perform pada tahun berapa? saya dalam projek menulis sesuatu dan perlukan supporting details

MJ berkata...

Sang Gabriel, emel terus ke mohdjayzuan@gmail.com ok!