Isnin, Mac 04, 2013

Pra Pelancaran Khizanat


Januari 2011, aku dan beberapa orang kawan bikin sebuah kolektif art, Projek Rabak. Direction-nya adalah untuk meraikan budaya pop--mengembangkan dan berkongsi seni. Kami bermula tanpa satu sen pun. Tempat pertama kami gunakan untuk bikin acara adalah Menora; sebuah pusat tuisyen milik seorang teman yang juga pengasas bersama Rabak. Di Menora ada sebuah dewan yang boleh memuatkan sekitar 80-100 orang, di situlah buat pertama kalinya acara Rabak dibikin--‘Wayang Rabak’; menayangkan filem-filem kepada umum dengan tiket RM3 dan popcorn D.I.Y! Bermula dari situ, di tempat yang sama kami mula anjurkan bacaan puisi, akustik, forum dan secara tak langsung ianya berkembang perlahan-lahan menghubungkan karyawan-karyawan dan fanatik-fanatik seni. Rabak mula dijemput ke acara-acara luar dari Ipoh dan mula dikenali sebagai sebuah pergerakkan counter culture. The art scene for youth kembali kick arse di Ipoh.

Projek Rabak tak ada sempadan, tak ada dinding pemisah--terbuka untuk semua yang berminat merayakan kesenian untuk bersama berkongsi menjadi satu. Jadinya, dalam kolektif kami ni penuh dengan karyawan-karyawan pelbagai cabang art. Dari pembikin filem amatur, pelukis, penyajak, pemuzik hinggalah ke mime artist, dan, yang paling ramai sekali adalah penulis.  Maka atas sebab tu jugalah kami menubuhkan rumah penerbitan sendiri dinamakan Rabak Lit pada April 2012.

Fokus Rabak-Lit adalah menerbitkan karya penulis-penulis yang kami suka, yang tulisannya menawarkan penulisan alternatif berbanding tulisan sedia ada di arus perdana. Kebanyakkan mereka adalah penulis-penulis underground yang tak punya lulusan atau sijil penulisan daripada mana-mana kolej mahupun universiti. Kami suka, kami terbit, kami jual. Kami tak kaya tapi happy.

Sejak dari bermulanya Rabak, bermacam suka dan pelbagai duka dihadap. Kawan baru datang, kawan lama hilang, musuh jadi kawan, kawan jadi lawan. Penyokong Rabak di mana-mana dan pembenci Rabak juga di mana-mana. Segalanya seimbang menunjukkan yang dunia adil. Konflik dan drama dalam friendship adalah perkara yang tak dapat dielakkan. Ayat klise; it’s hard, but that’s life. Yang berhenti biarkan berhenti, yang masih percaya pada mimpi-mimpi dialu-alukan dengan pintu terbuka untuk join the club. So, what's next in the camp?

Dengan izin Big Boss Besar, insya Allah, pada 16 Mac ni akan dilancarkan pula Khizanat

Apa sebenarnya Khizanat?

Bagi kami, ianya adalah art space; tempat karyawan-seniman berkumpul menghidupkan seni. Juga adalah sebuah kelab sosial—community club; tempat melepak menghubungkan pencinta-pencinta art. Dalam masa sama sebuah distro menjual buku, fesyen, muzik yang ada menyediakan homemade burger, kopi dan makanan-makanan simple yang lain. Turut mempunyai galeri dan ruang untuk mengadakan live performance for bands, singer-songwriters, poets dan lain-lain.

Minta tolong bagi yang mengetahui tentang Khizanat untuk menyebarkan cerita tentang tempat baru ni. Kami mahu berhubung, teruskan berhubung, mari berhubung, kerana hanya dengan berhubung silaturrahim akan terjalin dan budaya pop tak akan mati.

Semua dijemput dan dialu-alukan ke Khizanat kerana ianya tempat untuk semua. 7 hari seminggu, 24 jam sehari. Jika ada masa lapang, dijemput datang ke pelancaran Khizanat. Klik di sini untuk lihat maklumat lanjut tentang siapa yang akan perform dan apa lain yang disajikan. Ada muzik, ada filem, ada buku dan macam-macam lagas. 

Happy Monday!

Tiada ulasan: