Selasa, Januari 22, 2013

Khizanat? Apa Kot?

Mimpi-mimpi tak akan mati selagi kita tak berhenti.

Aku dan Adam, seorang kawan sekampung; salah seorang pengasas Projek Rabak dan pencipta PeaceBeUponYou pernah ada satu mimpi. Mimpi tu adalah membuka sebuah port/HQ/kedai atau (letak apa nama sesuai di sini). Sebuah tempat yang meraikan pop culture dan merayakan kesenian. 

Beberapa tahun berlalu, mimpi-mimpi kami hanyalah borak-borak kosong di kedai kopi, angan-angan Mat Jenin--tak ada tanda-tanda akan terjadi sehinggalah tiga ratus lima puluh tahun kemudian, pada tahun ni, 2013. Dengan usaha dan kerja keras kawan-kawan lain di Rabak; terutama Seyn dan Riduan A.dullah, kami akhirnya sedang dalam proses membuka 'port' sendiri di bandar tua kami; Ipoh. Tempat ni kami namakan, Khizanat. Apa maksudnya? Ayuh tanya Inche' Google.

Apa sebenarnya Khizanat ni? Mungkin ianya adalah art space--ruang untuk seniman-seniman dan artis-artis berkarya (atau melepak). Dalam masa yang sama, di Khizanat ada disediakan bahagian buku, pakaian, cakera padat, galeri, live venue (untuk gig, reading, screening etc.) dan sedikit makan minum dan beberapa stuff lain lagi. Ianya bukan kafe total. Atau butik. Atau pun kedai buku besar. Mahupun kedai muzik. Apatah lagi galeri seni yang hebat ataupun kelab muzik. Aku sendiri keliru. Kami sendiri keliru. Mungkin apa yang paling hampir adalah art space ataupun social club. Kelab di mana mengumpulkan orang-orang yang berminat dengan hal-hal berkaitan. Entah.

Ketika aku menulis ni, Khizanat masih lagi dalam proses renovation. Tinggal 70% untuk disiapkan. Insya Allah jika tak ada masalah, pertengahan Februari kami akan buka pintu. 

If berminat mahu tahu berita-berita terkini Khizanat. Boleh 'like' Khizanat di Facebook, ikut di Twitter dan cari kami di Instagram: @khizanat. Kalau ada pula yang mahu letak stuff, boleh call: 0125622353.

Aku akan update blog dengan tarikh pembukaan nanti. Atau ikut je link di atas. Di bawah adalah logo Khizanat yang dibikin Adam sendiri.

Mari berhubung!

16 ulasan:

Seri Fiese berkata...

bagi aku. terpaling seni. keep it up guys!

MJ berkata...

Datang la nanti. :)

baca dan senyum berkata...

SUPPORT OUR LOCAL ART!

Kalau dah buka nanti update cepat-cepat. Member-member blogger / alam saiber boleh support secara tak lansung.

MJ berkata...

Baik bos! TQaseh menyokong! Teruskan berhubung!

saifudin abu izzudin berkata...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

http://wisataoutboundmalang.com/

http://www.nolimitadventure.com/

Kaboi Tanduk berkata...

sempoi rah!

MJ berkata...

Jemput datang!

amer_dhc berkata...

yes... mlm td dh smpai... walaupun lmbat sikit.. tp arrangement angle memang terbayikkkkk (y) insyaallah nnti aku wat story untuk khizanat..

amer_dhc berkata...

yess.. mlm td dh smpai.. dah ushar.. arrangement angle sume barang nmpak cantik.. n insyaallah aku akn cube upkn story khizanat nnti..

MJ berkata...

TQaseh bos! Nanti mai la lepak!

farah fahmi berkata...

Kat area mana bro?

MJ berkata...

Farah, betul-betul tengah town. Berhadapan French Hotel.

saifudin abu izzudin berkata...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

MJ berkata...

Betul!

ronalbi berkata...

wei jay, lawyer tak boleh tandatangan untuk aku saksi sumpah kan?

MJ berkata...

Ronalbi, hal apa ni? Lost aku. Ahahaha.