Khamis, Oktober 25, 2012

SEKOLAH RABAK: 'Kelas Muzik' bersama LoQue (Monoloque/Butterfingers)

Satu lagi sessi Sekolah Rabak akan dibuka dan kali ni kelas muzik.

Rasanya tak perlu aku ceritakan panjang-panjang siapakah brudda bernama LoQue ni. Kebanyakkan generasi-generasi rock n' rolla pasti tahu tentang apa yang pernah beliau sumbangkan pada scene muzik tempatan.

Klik 'Kelas Muzik' untuk tandakan kedatangan di event page di Facebook. Tolong kami sebarkan berita ni.

'Kongsi ilmu dan idea, majulah semua!'

Selasa, Oktober 16, 2012

Pix 'Kelas Penulisan Kreatif' bersama Wani Ardy di Sekolah Rabak

Sabtu lepas, kelas pertama Sekolah Rabak berjaya diadakan. Salut kepada 'students' yang datang dari jauh, dari luar Ipoh. Ada yang datang dari Johor Bahru, Kota Bharu, Arau, Penang, Selangor, K.L dan entah mana lagi.

Harap ilmu yang diterima boleh dikongsi dan disebarkan ke seramai yang mungkin.





Kalau mahu usha lebih banyak gambar-gambar kelas Sabtu lepas, boleh ke pautan ni; Sekolah Rabak 'Kelas Penulisan Kreatif' bersama Wani Ardy.

Sekolah ditutup dan akan dibuka semula pada 17 November 2012. Usha details tentang kelas seterusnya di pautan ni; Sekolah Rabak 'Kelas Muzik' bersama LoQue.

Selasa, Oktober 02, 2012

'Kelas' untuk Mat-Minah Hardcore/Punk!

Hey mat-minah hardcore/punk! Mahu dengar aku dan seorang kawan lama; Nizang, membebel tentang penulisan dan zine? Korang boleh turun ke acara ni (usha poster di bawah). Ini bukan kelas skema, takda cikgu-cikgu bawa rotan, takda pakaian seragam, takda lencana. Pacakkan mohawk, pakai jaket kulitmu, sarungkan hooded, seluar baggy or jadi saja dirimu sendiri--come as you are. Selepas dengar apa yang aku karutkan, kita reramai boleh pogo, floor punch dan berpesta di mosh pit.

Best part of this show, kita akan ada lagenda-lagenda hardcore seperti Tabaraka dan The Jabs (Singapura) serta reunion salah satu lagenda hardcore; Channel X. Persembahan ni dibikin oleh label-label cool; Still Here Records, B Side Kids dan JebatXDurhaka.

Mari datang dan lepaskan kebosananmu di lantai tari!

Pautan di Facebook untuk acara, klik di sini untuk baca lebih details.

Isnin, Oktober 01, 2012

Meraikan Newcomers

Ramai antara kita (tak semua) yang sering terlupa memberi peluang kepada newcomers ruang untuk bernafas dan belajar membikin karya-karya. Sure, kadang-kadang hasil tangan mereka tak setaraf atau tak sehebat yang disangka, tapi, bukankah menghasilkan sesuatu seni adalah proses pembelajaran? Aku percaya, tak ada siapa (mungkin ada tetapi sangat sedikit) yang terus menghasilkan masterpiece atau terus menjadi pandai tanpa sebelum cuba-cuba 'bermain' dan explore dengan apa yang mereka ada dan ilmu yang mereka tahu. Semua orang bermula daripada tak tahu kepada ingin tahu dan kemudian tahu. Hanya yang pandai bercakap saja suka buat-buat tak tahu. Tak salah kalau tak mahu ambil tahu, tapi janganlah kondem melulu, tahu?

Newcomers harus diberi peluang untuk belajar. Selalu aku nampak, setiap kali ada newcomers menghasilkan sesuatu, pasti akan ada so called otai petai or mat/minah poyo konon deep yang akan mencaras. Dan it's very low of them. Mencaras itu sendiri adalah satu act yang biol, apatah lagi mencaras dengan kritikan lemah membuta-tuli. Double biol.

Kucing aku lebih cool daripada poyos ni semua.

Tak salah berfikiran kritis atau mengkritik kerana aku sendiri menyukai kritikan. Aku sangat percaya, pengkritik harus berfikir dengan tenang sebelum mengkritik, bukan mengkritik mengunakan emosi atau iri. Pengkritik yang mengkritik dengan cara begini secara tak langsung mempamerkan kebodohan sendiri. Tulisan kritik bukannya fiksyen, ia adalah fakta. Mahu menulis fakta harus mengkaji, bikin research sebelum mengkritik amatlah digalakkan. Kritikan yang mempunyai daya interlektual yang tinggi bagi aku adalah kritikan yang kemudiannya dapat membantu orang/karya yang dikritik memperbaiki kelemahan dan menjadi better di masa depan. Kritikan menghentam dan tak disertakan penyelesaian adalah kritikan yang aku kira berada di tahap yang paling rendah (mungkin sepatutnya berada di celah-celah pungkoq instead dibaca oleh khalayak). Tak perlulah menulis kritik untuk orang yang menulis begini, baiklah saja pergi mengumpat di kedai kopi.

Pernahkah terfikir, berapa ramaikah newcomers yang berputus asa, takut atau malu untuk menerbitkan lagi kerja-kerja seni setelah cubaan-cubaan awal mereka hanya dihentam dan tiada sebarang solution diberi untuk membantu memperbaiki hasil kerja? Pasti ada.

Bagi aku, mudah, newcomers dalam apa jua bidang harus diraikan, guide apa yang perlu dan beri mereka ruang untuk explore dan berkarya. Kita boleh belajar dengan membuat, kita tak akan belajar dengan hanya bercakap. Newcomers, oldtimers, takda-timers perlu belajar. Ambil kritikan positif sebagai 'sekolah' dan yang negatif buang dalam longkang. Semua orang ada kuasa dan hak untuk bercakap-mengkritik-mengutuk tapi mereka tak ada hak untuk minta berhenti bereksplorasi bereksperimentasi melayan nafsu seni.

Newcomers around the world, jangan berhenti belajar, go explore, lakukan kesilapan, jangan give up, terus berkarya dan percaya.

Dapatkan Di Sini, Kod Ringtones 'Di Matamu Ada Hantu'

MAXIS

Full Song (FS)
10849378

True Tones (TT)
10849379

Caller Ringtones (CRT)
278542

DIGI

Caller Ringtones (CT)
0171352

CELCOM

Call Me Tones (CMT)
167523
U MOBILE

Full Song (FS)
397729

True Tones (TT)
397728

Colour Tones (CT)
397727

MAXIS
UNTUK MUAT TURUN CALLER RINGTONES

Dail*131*CODE#
Contoh: *131*77068#

UNTUK DEDIKASI CALLER RINGTONES

Taip *131*CODE*601#
Contoh: *131* 77068*6017XXXXXXX#

UNTUK MUAT TURUN True Tunes / Full Songs / Poly / Wallpaper / Music Video / Video Ringtones:

Taip GET and SMS to 29000

DIGI
UNTUK MUAT TURUN

Taip CT & hantar ke 2000

UNTUK MUAT TURUN True Tunes / Full Songs / Poly / Wallpaper / Music Video / Video Ringtones:

Type GET & send to 2000

U MOBILE
COLOUR TONES/RING BACK TONES

Untuk langgan PERCUMA, taip ONCT dan hantar ke 28118 OR Dail *118# dan tekan ‘Call’. Kemudian pilih ‘Colour Tones’ dan ‘Subscribe’.
Untuk langgan Colour Tones, taip CT dan hantar ke 28118 atau dail *118*5*2*# dan tekan ‘Call’.

FULL SONG

Taip MU dan hantar ke 28118, CONTOH: MU 34567890 atau ke wap.u.com.my, pilih ‘Planet Music’ dan muat turun lagu penuh dari situ.

TRUE TONE

Taip MU dan hantar ke 28118, CONTOH: MU 12345678 atau ke
 wap.u.com.my, pilih ‘Planet Music’ dan muat turun lagu penuh dari situ.

CELCOM

SMS CMT hantar ke 22990

SMS CMT 85936 hantar ke 22990

Dail *888*# dan tekan ‘CALL’.

NOTA: Sentiasa BOLD *888*, # dan CALL