Khamis, September 27, 2012

Mohd Jayzuan - Di Matamu Ada Hantu (Video Muzik Rasmi)

Hari ni adalah hari special; banyak sebab dan salah satunya ialah kerana video muzik ni yang baru je di-upload-kan di atas talian tengah malam tadi (Nota: lebih kurang sebulan lepas, tayangan perdana video ni dah ditayangkan di 8TV).

Kalau korang mahu lirik dan kod ringtones lagu ni, boleh klik 'Show more' di bawah video (di laman YouTube). Minta tolong sebarkan video muzik ni ke seramai yang mungkin kalau korang suka ye.

Oh btw, lagu dan juga video dah boleh diminta di stesyen-stesyen radio dan televisyen tempatan. Let's 'menghantukan' gelombang arus perdana!

Tolong sebarkan. TQaseh!

Selasa, September 25, 2012

SEKOLAH RABAK: 'Kelas Penulisan Kreatif' bersama Wani Ardy

Sekolah Rabak adalah satu lagi inisiatif daripada aku dan kawan-kawan di Projek Rabak dengan sokongan 1MDB. Niat 'sekolah' ni dibuka adalah untuk sama-sama kongsi ilmu, idea dan apa-apa saja tentang art.

Buat permulaan, kami akan buka kelas pertama dengan mengadakan 'Kelas Penulisan Kreatif' yang akan dikendalikan oleh penulis/pemuzik; Wani Ardy. Kelas pertama ni akan diadakan pada bulan Oktober.

November, Sekolah Rabak akan buka pula kelas muzik yang dikendalikan oleh seorang revolutioner muzik Malaysiana dan Disember nanti, seorang pembikin filem yang memberi impak kepada sinema Malaysia dengan filemnya yang diterbitkan awal tahun ni pula akan mengendalikan kelas filem. Rabak akan umumkan siapakah mereka apabila tiba masa sesuai.

Kelas-kelas ni tak mengenakan sebarang yuran dan dibuka untuk sesiapa saja yang berminat. Kalau duduk luar Ipoh, tapi berminat, dipersilakan turun dan join kelas!

Klik 'Kelas Penulisan Kreatif' untuk lihat event page di Facebook. Untuk maklumat bagi kelas-kelas seterusnya, boleh 'like' Projek Rabak di Facebook atau ikut di Twitter. Siapa ada Twitter dipersilakan main #SekolahRabak.

'Kongsi ilmu dan idea, majulah semua!'

Khamis, September 20, 2012

Video Muzik dan Ringtones 'Di Matamu Ada Hantu' di Internet

Pada 26hb Ogos 2012 yang lepas, tayangan perdana video muzik 'Di Matamu Ada Hantu' dah pun bersiaran di 8TV. Akhirnya setelah hampir sebulan, video muzik 'Ipoh pop' tersebut akan muncul di YouTube dalam masa 7 hari lagi, iaitu pada 27 September 2012. Video tu juga dah diterima oleh ASTRO dan bila-bila masa saja ianya boleh bersiaran di saluran tersebut.

Video muzik yang diarahkan oleh @elmielmo akan di-public-kan melalui akaun YouTube TwitterJayaTV. Kod ringtones untuk lagu tersebut juga akan disertakan sekali dan boleh didapati di atas talian pada hari yang sama.

Untuk yang terlepas menonton tayangan perdananya tu hari, boleh tandakan kalendar korang sekarang. 27 September 2012!

Terlalu banyak 'tersebut' dalam entry ni dan buatkan aku rasa macam geek.

Isnin, September 17, 2012

'28 Hari: Jurnal Rock n' Roll' & 'Anarki di Kuala Lumpur' Versi Berkembar

Atas permintaan yang tak putus-putus (alhamdulillah), buku-buku aku; '28 Hari: Jurnal Rock n' Roll' (2010) dan 'Anarki di Kuala Lumpur' (2011) akan diterbitkan dalam versi berkembar, 2 dalam 1--satu harga untuk dua cerita.

Kedua-dua buku tersebut sebelum ni diterbitkan oleh penerbit alternatif kultus; Sang Freud Press. Berdasarkan report pengurusan SFP, kedua-duanya masih mendapat permintaan daripada kedai-kedai buku seperti Kinokuniya dan MPH serta daripada pembaca-pembaca baru.

Lepas bikin meeting dengan Bay Mushawwir a.k.a bos Rabak-Lit, kami sepakat menerbitkan '28 Hari' dan 'Anarki' dalam versi berkembar yang insya Allah boleh mula didapati pada Oktober 2012.

Untuk berita lebih cepat dan terkini boleh follow di Twitter Mohd Jayzuan dan bakal penerbit baru kedua-dua buku tersebut; Rabak-Lit.

Rabu, September 12, 2012

Mohd Jayzuan di Surat Khabar The Jakarta Post

Actually, artikel ni dah lama, tahun lepas punya, tapi aku tak pernah 'rangkai'-kan di blog ni rasanya. Artikel ni keluar di surat khabar The Jakarta Post dalam bentuk fizikal lebih kurang dua bulan selepas mini tour Mohd Jayzuan di Jakarta dan Bandung pada Januari 2011. Klik di sini untuk membaca artikel tersebut.

Pecahkan tembok pemisah dan hapuskan sempadan. Muzik untuk semua.

Poster-poster persembahan di Jakarta dan Bandung.



Kalau ada masa, boleh lihat koleksi gambar-gambar mini tour tersebut; Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua.

Oh Tuhan, rindunya nak tour.

Selasa, September 04, 2012

Tentang 'Arsonist Jalan Labrooy'


Gambar yang merah merelip di atas adalah kulit muka buku sebuah novella tulisan salah seorang kutus Rabak; Riduan A.dullah.

Awal Ramadhan tu hari, aku dapat baca manuskrip 'Arsonist Jalan Labrooy' ni. Manuskrip novella ni diberikan sendiri pada aku oleh penulisnya dalam bentuk gulungan-gulungan kertas. Tak lama kemudian, Bos Rabak-Lit; Bay Mushawwir pula hantar manuskrip novella ni di emel peribadi aku. Tanpa tunggu lama, aku bergegas baca setiap perkataan yang ditulis oleh pemilik sebuah pusat tuisyen ni yang juga merangkap salah seorang pengasas Projek Rabak.

Riduan A.dullah antara mat-mat dalam circle Rabak yang aku suka tulisannya. Dia pandai memanipulai emosinya dan menzahirkan dalam bentuk tulisan. Dia mula dulu aktif menulis sajak, kadangkala saja dia menulis cerpen. Kami pernah berbincang tentang minatnya ni dan aku secara peribadi memberitahunya yang sajak-sajaknya jauh menarik perhatian aku daripada cerpen-cerpennya. The power of borak-kosong-yang-constructive menghasilkan benda yang menarik.

Dia mula menulis cerpen-cerpen dan saban hari aku lihat penulisannya yang berbentuk cerpen menjadi bagus. Dalam hati aku, "Style badigol ni, dia nak buktikan dengan berlatih dan belajar jadi better." Sampai satu ketika, aku mengaku depan-depan betapa penulisan cerpennya dah setaraf dengan sajak-sajaknya yang aku suka dulu. Dia berjaya menulis cerpen dengan bentuknya sendiri. Daripada zero to hero.

Jadi, ketika aku mula membaca 'Arsonist', dada aku berdegup laju. Setiap helaian yang aku baca seolah-olah penumbuk yang dilepaskan ke muka aku. Penumbuk yang aku suka untuk terima dan raikan. Wan berjaya buktikan yang dia bukan hanya seorang penyajak, tapi juga seorang novelis dan aku percaya ni juga hanyalah satu permulaan untuk karya-karya yang lebih bagus dari mamat kurus Taman Meru ni.

Jika aku ada Syd Jamal dalam 'Anarki di Kuala Lumpur', Riduan A.dullah pula ada watak antihero yang tersendiri dalam novella pertamanya ni; Comas, seorang pemuda yang hidup dalam kegelapan. Dia adalah reflection kesengsaraan berjuta-juta manusia yang wujud atas muka bumi ni. Berlatarbelakangkan Bandaraya Ipoh sepenuhnya, Comas menjalani kehidupannya yang tersisih dalam masa yang sama menanggung adik perempuannya; Sola. Hari-hari yang mereka lalui adalah hari-hari sial.

Buku ni dipenuhi carutan, makian dan penuh rasa benci terhadap keadaan sekeliling.

Disebabkan aku ni bukan seorang pengulas yang baik, aku tinggalkan saja ulasan ni habis di sini. Buku ni dah boleh dibeli menerusi jualan atas talian a.k.a online. Klik link di sini.

Pelancarannya pula akan diadakan di beberapa buah tempat, klik pula di sini.

Saranan aku, beli buku ni kalau korang menyampah dengan keadaan sekeliling. Kalau tak menyampah pun, disarankan untuk beli supaya penulis dan penerbitnya boleh mendapat pulangan dan memiliki rumah di atas bukit.

Riduan A.dullah tak ingin nak jadi Albert Camus, dia hanya mahu jadi kutu yang suka bikin art yang digemari dan hadiahkan ibubapanya rezeki.