Rabu, Ogos 29, 2012

Spiral Kinetic Circus: Kultus Pop Malaysiana

Hari ni, tadi, aku sedang layan internet masa dapat berita yang Spiral Kinetic Circus dibubarkan secara rasminya. The idea of memikirkan yang aku tak dapat nak tengok mereka main di atas pentas lagi sangat menyedihkan. Walaupun, beberapa tahun kebelakangan ni SKC tak lagi aktif, tetapi secara logiknya, masih ada harapan-harapan kecil untuk masih menonton persembahan mereka, not until berita tadi yang diumumkan oleh penyanyi merangkap komposer band tu sendiri; Fathullah Luqman Yusuff.

90an adalah era muzik alternatif 'menyerang' industri muzik tempatan--bikin chaos dan buatkan generasi muda 'kembali bernafas' dan percaya yang rock n' roll di Malaysia belum mati. Selain Spiral Kinetic Circus, band-band seperti Butterfingers, OAG, Carburetor Dung, Subculture dll. adalah sebahagian daripada geng 'gelombang alternatif' ni. Geng-geng yang menyelamatkan zaman remaja aku. Tanpa geng-geng ni, maybe sekarang aku sedang merempit.

Spiral Kinetic Circus mula menarik perhatian aku sekitar tahun 1996/1997, aku masih belasan tahun ketika tu. Kali pertama menonton mereka adalah di dalam rancangan 'Alternative' di TV3 (bukan 'Alternatif' versi yang dihoskan oleh Lee Khalid; bekas vokalis Carburetor Dung & The Pilgrims) yang dihoskan oleh Reza; frontman Saturnine. Apa yang aku lihat ketika tu betul-betul mindblowing! Dalam hati, secara rasmi aku umumkan menjadi peminat tegar Spiral. Untuk masa-masa seterusnya, aku hanya dapat menonton mereka di kaca televisyen (itu pun penampilan mereka bukanlah sekerap artis-artis arus perdana lain). Nafsu aku melonjak-lonjak mahu menonton live show Spiral, tapi apakan daya, aku masih seorang remaja dari sebuah kampung kecil di Simpang Pulai yang tak berduit mahu ke Kuala Lumpur.

Berapa tahun lepas discovered band penting dalam hidup aku ni, ada satu hari, aku yang time tu berusia 16 tahun dan pengikut gils babs muzik underground melonjak gembira apabila tahu yang Spiral akan main di Ipoh!

Hari yang ditunggu tiba, misi aku hanya satu; menonton Spiral Kinetic Circus. Aku ke gig yang dianjurkan oleh label indie Ipoh; Bodysurf Music bersama dua orang kawan sekampung; Yuherdi dan Zul Rotit. Dewan Bulan Sabit Merah (bersebelahan Stadium Perak), venue di mana show akan berlangsung dah dipenuhi scenesters--anak-anak yang dahagakan rock n' roll, mata aku pantas dan meliar mencari-cari dalam keramaian. Tahun 90an memang era menggila muzik underground walaupun waktu tu tak ada exposure macam sekarang, setiap gig boleh mencapai tak kurang 500 orang yang hadir dan hingga boleh sampai ke ribu-ribu.

Tanpa menunggu lama, kami melangkah menuju ke pintu masuk venue. Dan, di situlah, buat pertama kalinya aku menatap secara berdepan susuk kurus pop ikon yang selama ni aku tonton di TV berada di depan mata!

Fathul ketika tu berdiri berseorangan bersandar di pintu masuk venue, memandang ke sekitar. Masih aku ingat dia memakai baju kemeja batik biru muda (very offbeat and rebellious for underground musician pakai baju batik zaman tu), rambutnya panjang hingga ke dada. Aku tergamam. Perasaan yang sama aku rasa ketika pertama kali terserempak Butterfingers setahun sebelumnya.

Di depan stage hari tu, aku stagedive, menari bagai nak gila, menjerit terlolong mengikut setiap lirik-lirik ketika hero-hero aku mengawal pentas. Spiral telah membebaskan aku--menjadi seorang remaja yang harus memenuhi tuntutan sendiri, 'Dunia boleh jalan dan tinggalkan aku kerana sekarang aku mahu rock n' roll.' Itu adalah antara shows yang paling memorable untuk aku sampai sekarang.

Itu kali pertama aku menonton mereka; kali pertama dan terakhir mereka bermain di Ipoh. Selepas daripada tu, aku dah tak dapat lagi menonton mereka kerana kebanyakkan show adalah di K.L dan beberapa tahun kemudian, mereka juga mula perlahan-lahan tidak aktif sehingga Spiral hiatus.

1997, SKC pernah menerbitkan sebuah album bertajuk 'Sweetened Condensed Tunes for the Broken Hearted' dan sebuah split kaset bersama Dead Mushroom (pelakon Rashidi Ishak adalah salah seorang gitaris band ni).

Tahun 1997 juga mereka mengeluarkan video muzik mereka yang rasmi--the one and only video clip, untuk lagu bertajuk 'Iris'. Bayangkan, 1997, Spiral dah menulis lagu yang begini!



Sejak 1998, aku sendiri mula main band secara aktif dalam sirkit underground. Pembabitan dalam scene membolehkan suatu hari aku sendiri mengenali Fathul lebih dekat dan seterusnya kami menjadi rapat. Fathul bukan hanya pop ikon untuk aku, dia juga adalah seorang brother yang selalu ada ketika mana aku dalam keadaan tak menyenangkan. Hubungan aku dan Fathul kemudiannya menjadi more than sekadar seorang fanatik tegar dan ikonnya. We built our friendship from my admiration for him.

Fathul juga seorang pelukis yang pernah mengadakan beberapa pameran. Pernah suatu hari kami borak...

"Cantik-cantik lukisan, kalau la ada duit, boleh beli."
"Birthday hang bila?" Tanya dia.
"September."
"Birthday hang nanti, datang tempat aku, pilih memana satu lukisan hang nak."

As hero, dia kotakan janjinya bila one day aku ke studionya dan dia menyuruh aku memilih mana-mana satu lukisan yang aku mahu sebagai hadiah harijadi.


2004. Spiral kembali beraksi untuk satu show di Kuala Lumpur. Tetapi bukan bersama original members. Aku sebagai fanatik, tak peduli, original tak original, janji Spiral. Aku hadir menonton, masih mat kampung Simpang Pulai, tetapi Kuala Lumpur dah bukan lagi tempat asing untuk aku seperti waktu remaja dulu. Mereka berkongsi pentas bersama band Jepun; Buddhistson (yang pernah aku tonton beberapa tahun sebelum tu) dan Whence He Come band dari Hong Kong. Aku tak peduli tentang dua band tu, aku mahu tengok Spiral. In and out. Puas menonton. Kapish!

6 tahun kemudian, pada tahun 2010, sekali lagi mereka membuat penampilan dan kali ni bersama dengan original members! Mustahil untuk aku tak menonton. Dan aku ada menulis tentangnya di sini; klik!

Itu sedikit cerita ringkas, memori aku tentang one of the greatest bands yang pernah wujud di Malaysia.

Tadi aku hantar teks pesanan ringkas pada Fathul.

'Sedihnya dengar news tu...'

Dia hanya balas dengan,

'Progression. :)'

Apa maksudnya, aku sendiri tak faham. Tetapi perkataan 'progression' tu sendiri adalah satu petanda positif dan cukup untuk buat aku tersenyum.

Spiral Kinetic Circus mungkin dah tak ada, tetapi tak mati, kerana kultus akan kekal selamanya dengan legacy.

Isnin, Ogos 27, 2012

Di 8TV Ada Hantu

Alhamdulillah. Tayangan perdana muzik video 'Di Matamu Ada Hantu' di 8TV malam semalam berjalan dengan lancar. Lebih kurang dua tahun aku 'tidur' daripada bermain muzik (secara aktif), harap dengan keluarnya video muzik single terbaru ni kepada umum, aku akan kembali aktif meloncat dan terpekik terlolong on stage. Aku rindu berpeluh on stage.

Untuk yang terlepas menonton tayangan perdana video muzik tu di kaca televisyen, korang boleh nantikan di YouTube pada #27092012 atau 27 September 2012. Pada hari yang sama juga, pihak pengurusan Kem MJ akan mengeluarkan kod ringtones 'Di Matamu Ada Hantu'.

Thanks semua yang menyokong dan sabar menunggu video tersebut malam semalam. Terima qaseh 8TV yang bagi slot untuk tayangan perdana. Salut hormat untuk yang terlibat dalam pembikinan video: Inche' Sutradara; Elmi, talent; Bella Zahir dan kawan-kawan lain yang terlibat. Untuk pihak pengurusan a.k.a Kem MJ a.k.a #teammj yang memainkan peranan penting, terutama Seyn--thank qaseh very banyak!

Di sini ada dua gambar yang dicuri daripada seorang teman; Apai Darmasiska dan satu gambar daripada teman lama; Iiman Fazana. Jumpa di next entry atau untuk news terkini yang pantas boleh ikut aku di Twitter atau Facebook ok. Chalo!



Jumaat, Ogos 24, 2012

Tayangan Perdana Muzik Video 'Di Matamu Ada Hantu' di 8TV

Tayangan perdana muzik video 'Di Matamu Ada Hantu' akan ditayangkan pada umum di stesyen televisyen 8TV (Quickie) jam 11.30 malam, 26hb Ogos 2012, bersamaan hari Ahad.

Jika di entry ini aku mengumumkan yang video tersebut akan dilancarkan pada #27092012 atau 27 September 2012, kini secara rasmi ianya terbatal. Sebaliknya, pada tarikh itu, Kem MJ akan mengeluarkan kod ringtones 'Di Matamu Ada Hantu' kepada semua bagi yang berminat melagukannya di telefon bimbit.

Minta tolong kepada yang tak jemu-jemu menyokong Kem MJ, supaya sebarkan berita ni dan kongsi link entry ni di mana-mana yang termampu.

Sebelum chow, ingat, lemang not dead.

Jumaat, Ogos 17, 2012

Raya! Riot! Raya!

Selamat merayakan Aidilfitri untuk semua. Maaf dari hujung Pluto ke Bumi dipinta. Hari Raya, raikan betul-betul. Berpestalah!

Di sini aku tinggalkan sebuah lagu Raya yang dinyanyi dan lagunya dibikin oleh geng reggae; SharpShooters menampilkan Akma AF. Lirik lagunya ditulis oleh aku beberapa tahun lepas.

Kalau suka sebarkan pada kenalan, kalau tak suka cakap, "Wuuu... aahhhhhhhh!"

Jumaat, Ogos 10, 2012

Projek Rabak bikin projek di bulan September

Beberapa hari lepas, Facebook rasmi Projek Rabak mengumumkan satu berita tentang perkara yang bakal terjadi pada September 2012. Jangan salah sangka, ianya bukanlah tarikh pelancaran video muzik 'Di Matamu Ada Hantu' seperti apa yang aku khabarkan di sini. Pelancaran video muzik adalah satu hal yang lain dan apa yang diumumkan oleh Rabak pula adalah satu hal yang lain. 

Insya Allah, ianya adalah satu lagi step for us untuk meraikan kesenian dan memberi input terhadap pekan tua yang kami cintai, Ipoh. Jangan putuskan perhubungan untuk mengetahui berita lanjut!

Khamis, Ogos 09, 2012

Tarikh Pelancaran Muzik Video 'Di Matamu Ada Hantu'

Beberapa bulan lepas, aku merakamkan sebuah lagu selepas bertahun tak merakamkan apa-apa, lagu tersebut bertajuk (klik tajuk untuk dengar) 'Di Matamu Ada Hantu' yang setakat ni dah diputarkan di Hot FM dan dah sampai ke meja radio-radio yang lain. Apa yang perlu korang buat jika nak lagu tersebut selalu ke udara ialah buat permintaan, request kepada stesyen-stesyen radio untuk selalu putarkan 'Di Matamu ada Hantu' oleh Mohd Jayzuan.

Selepas proses rakaman, Kem MJ menjalani pula pengambaran untuk muzik video lagu tersebut. Video disutradarai oleh Mohd Zulhelmie dan di'heroini' (sukati aku je reka perkataan ni) oleh Bella Zahir. Lelaki Mime adalah Sefa; a good friend of mine dan the other two; Aie dan Acap, dari Kem Muzikal MJ sendiri. 

Video ni dah pun siap seratus-peratus dan menunggu masa untuk dilancarkan pada #27092012 bersamaan 27/09/2012. Pihak pengurusan Kem MJ sedang berusaha untuk mendapatkan premier slot di salah satu stesyen T.V, jika tak ada, we go D.I.Y as always; VIRAL!

Di bawah adalah beberapa gambar daripada scene pengambaran. Untuk usha baki gambar lain-lain, sila klik di sini: TADA! Semua gambar hasil kerja tangan ajaib Sufian Abas.

P/s: Oh, btw, Projek Rabak juga akan mengumumkan sesuatu yang 'besar' September nanti. Insya Allah. Teruskan menunggu di blog ni atau mana-mana rangkaian sosial aku.








Jumaat, Ogos 03, 2012

Hidup (aktif) kembali!

Lebih kurang tujuh bulan aku tutup blog ni dan sepanjang tu juga macam-macam perkara jadi. Insya Allah, aku akan start aktif menulis di sini semula, macam dulu-dulu. In the meantime, apa kata korang readers yang baca post ni, minta tolong kenalan follow blog ni atau ikut mana-mana link laman sosial MJ (boleh dilihat di sekitar blog). Mari berhubung!

Oh, mungkin ada yang perasan, entry lepas-lepas dari tahun 2006 hingga 2012 dah aku 'sembunyi'kan. Aku mahu start baru, mulakan semula. Back to the start dan tak akan ada tulisan-tulisan lama lagi di arkib.

Apapun, antara perkara paling penting yang aku look forward ialah ada sesuatu yang akan dilancarkan pada 27/09/2012. Sesuatu untuk semua yang dah lama menunggu. War-warkan pada semua, ingat #27092012.

Okey, see ya beautiful people di next entry. Insya Allah.

Salam.

P/s: Boleh dengar lagu baru yang dirakamkan beberapa bulan lepas di sini: 'Di Matamu Ada Hantu'.