Isnin, Oktober 01, 2012

Meraikan Newcomers

Ramai antara kita (tak semua) yang sering terlupa memberi peluang kepada newcomers ruang untuk bernafas dan belajar membikin karya-karya. Sure, kadang-kadang hasil tangan mereka tak setaraf atau tak sehebat yang disangka, tapi, bukankah menghasilkan sesuatu seni adalah proses pembelajaran? Aku percaya, tak ada siapa (mungkin ada tetapi sangat sedikit) yang terus menghasilkan masterpiece atau terus menjadi pandai tanpa sebelum cuba-cuba 'bermain' dan explore dengan apa yang mereka ada dan ilmu yang mereka tahu. Semua orang bermula daripada tak tahu kepada ingin tahu dan kemudian tahu. Hanya yang pandai bercakap saja suka buat-buat tak tahu. Tak salah kalau tak mahu ambil tahu, tapi janganlah kondem melulu, tahu?

Newcomers harus diberi peluang untuk belajar. Selalu aku nampak, setiap kali ada newcomers menghasilkan sesuatu, pasti akan ada so called otai petai or mat/minah poyo konon deep yang akan mencaras. Dan it's very low of them. Mencaras itu sendiri adalah satu act yang biol, apatah lagi mencaras dengan kritikan lemah membuta-tuli. Double biol.

Kucing aku lebih cool daripada poyos ni semua.

Tak salah berfikiran kritis atau mengkritik kerana aku sendiri menyukai kritikan. Aku sangat percaya, pengkritik harus berfikir dengan tenang sebelum mengkritik, bukan mengkritik mengunakan emosi atau iri. Pengkritik yang mengkritik dengan cara begini secara tak langsung mempamerkan kebodohan sendiri. Tulisan kritik bukannya fiksyen, ia adalah fakta. Mahu menulis fakta harus mengkaji, bikin research sebelum mengkritik amatlah digalakkan. Kritikan yang mempunyai daya interlektual yang tinggi bagi aku adalah kritikan yang kemudiannya dapat membantu orang/karya yang dikritik memperbaiki kelemahan dan menjadi better di masa depan. Kritikan menghentam dan tak disertakan penyelesaian adalah kritikan yang aku kira berada di tahap yang paling rendah (mungkin sepatutnya berada di celah-celah pungkoq instead dibaca oleh khalayak). Tak perlulah menulis kritik untuk orang yang menulis begini, baiklah saja pergi mengumpat di kedai kopi.

Pernahkah terfikir, berapa ramaikah newcomers yang berputus asa, takut atau malu untuk menerbitkan lagi kerja-kerja seni setelah cubaan-cubaan awal mereka hanya dihentam dan tiada sebarang solution diberi untuk membantu memperbaiki hasil kerja? Pasti ada.

Bagi aku, mudah, newcomers dalam apa jua bidang harus diraikan, guide apa yang perlu dan beri mereka ruang untuk explore dan berkarya. Kita boleh belajar dengan membuat, kita tak akan belajar dengan hanya bercakap. Newcomers, oldtimers, takda-timers perlu belajar. Ambil kritikan positif sebagai 'sekolah' dan yang negatif buang dalam longkang. Semua orang ada kuasa dan hak untuk bercakap-mengkritik-mengutuk tapi mereka tak ada hak untuk minta berhenti bereksplorasi bereksperimentasi melayan nafsu seni.

Newcomers around the world, jangan berhenti belajar, go explore, lakukan kesilapan, jangan give up, terus berkarya dan percaya.

7 ulasan:

EPPY - the Rawr! berkata...

post ini memberi sy sejuta inspirasi dan membangkitkan semangat yang rebah untuk berkarya semula. :) terima kasih.kritikan yang melulu memang sampah.setuju,tanpa kompromi.

ZAR berkata...

yeah. Aku juga suka kritikan. Dan aku juga sedang mencuba.

MJ berkata...

EPPY, terus bergerak ok, jalan terus!

ZAR, kalau gagal, cuba lagi, jangan berhenti. ;)

bofoyengfeng berkata...

aku suka ini. thanks.

MJ berkata...

bofoyengfeng, kalau suka kongsi la pada umum ye. ;)

AYIE berkata...

betul jay.

MJ berkata...

AYIE, kongsi le kalau rasa betul. ;)