Selasa, Oktober 02, 2012

'Kelas' untuk Mat-Minah Hardcore/Punk!

Hey mat-minah hardcore/punk! Mahu dengar aku dan seorang kawan lama; Nizang, membebel tentang penulisan dan zine? Korang boleh turun ke acara ni (usha poster di bawah). Ini bukan kelas skema, takda cikgu-cikgu bawa rotan, takda pakaian seragam, takda lencana. Pacakkan mohawk, pakai jaket kulitmu, sarungkan hooded, seluar baggy or jadi saja dirimu sendiri--come as you are. Selepas dengar apa yang aku karutkan, kita reramai boleh pogo, floor punch dan berpesta di mosh pit.

Best part of this show, kita akan ada lagenda-lagenda hardcore seperti Tabaraka dan The Jabs (Singapura) serta reunion salah satu lagenda hardcore; Channel X. Persembahan ni dibikin oleh label-label cool; Still Here Records, B Side Kids dan JebatXDurhaka.

Mari datang dan lepaskan kebosananmu di lantai tari!

Pautan di Facebook untuk acara, klik di sini untuk baca lebih details.

4 ulasan:

MEGAT KHAIRULIZWAN berkata...

hebat.

MJ berkata...

Jom datang!

MohdxAnuar berkata...

Sampaikan salam saya kepada Nizang.

MJ berkata...

Insya Allah.