Selasa, September 04, 2012

Tentang 'Arsonist Jalan Labrooy'


Gambar yang merah merelip di atas adalah kulit muka buku sebuah novella tulisan salah seorang kutus Rabak; Riduan A.dullah.

Awal Ramadhan tu hari, aku dapat baca manuskrip 'Arsonist Jalan Labrooy' ni. Manuskrip novella ni diberikan sendiri pada aku oleh penulisnya dalam bentuk gulungan-gulungan kertas. Tak lama kemudian, Bos Rabak-Lit; Bay Mushawwir pula hantar manuskrip novella ni di emel peribadi aku. Tanpa tunggu lama, aku bergegas baca setiap perkataan yang ditulis oleh pemilik sebuah pusat tuisyen ni yang juga merangkap salah seorang pengasas Projek Rabak.

Riduan A.dullah antara mat-mat dalam circle Rabak yang aku suka tulisannya. Dia pandai memanipulai emosinya dan menzahirkan dalam bentuk tulisan. Dia mula dulu aktif menulis sajak, kadangkala saja dia menulis cerpen. Kami pernah berbincang tentang minatnya ni dan aku secara peribadi memberitahunya yang sajak-sajaknya jauh menarik perhatian aku daripada cerpen-cerpennya. The power of borak-kosong-yang-constructive menghasilkan benda yang menarik.

Dia mula menulis cerpen-cerpen dan saban hari aku lihat penulisannya yang berbentuk cerpen menjadi bagus. Dalam hati aku, "Style badigol ni, dia nak buktikan dengan berlatih dan belajar jadi better." Sampai satu ketika, aku mengaku depan-depan betapa penulisan cerpennya dah setaraf dengan sajak-sajaknya yang aku suka dulu. Dia berjaya menulis cerpen dengan bentuknya sendiri. Daripada zero to hero.

Jadi, ketika aku mula membaca 'Arsonist', dada aku berdegup laju. Setiap helaian yang aku baca seolah-olah penumbuk yang dilepaskan ke muka aku. Penumbuk yang aku suka untuk terima dan raikan. Wan berjaya buktikan yang dia bukan hanya seorang penyajak, tapi juga seorang novelis dan aku percaya ni juga hanyalah satu permulaan untuk karya-karya yang lebih bagus dari mamat kurus Taman Meru ni.

Jika aku ada Syd Jamal dalam 'Anarki di Kuala Lumpur', Riduan A.dullah pula ada watak antihero yang tersendiri dalam novella pertamanya ni; Comas, seorang pemuda yang hidup dalam kegelapan. Dia adalah reflection kesengsaraan berjuta-juta manusia yang wujud atas muka bumi ni. Berlatarbelakangkan Bandaraya Ipoh sepenuhnya, Comas menjalani kehidupannya yang tersisih dalam masa yang sama menanggung adik perempuannya; Sola. Hari-hari yang mereka lalui adalah hari-hari sial.

Buku ni dipenuhi carutan, makian dan penuh rasa benci terhadap keadaan sekeliling.

Disebabkan aku ni bukan seorang pengulas yang baik, aku tinggalkan saja ulasan ni habis di sini. Buku ni dah boleh dibeli menerusi jualan atas talian a.k.a online. Klik link di sini.

Pelancarannya pula akan diadakan di beberapa buah tempat, klik pula di sini.

Saranan aku, beli buku ni kalau korang menyampah dengan keadaan sekeliling. Kalau tak menyampah pun, disarankan untuk beli supaya penulis dan penerbitnya boleh mendapat pulangan dan memiliki rumah di atas bukit.

Riduan A.dullah tak ingin nak jadi Albert Camus, dia hanya mahu jadi kutu yang suka bikin art yang digemari dan hadiahkan ibubapanya rezeki.

3 ulasan:

si robot comel berkata...

tak sabar untuk dapatkannya!

Mhmn-Hssm berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MJ berkata...

Beli jangan tak beli! :)