Selasa, September 25, 2012

SEKOLAH RABAK: 'Kelas Penulisan Kreatif' bersama Wani Ardy

Sekolah Rabak adalah satu lagi inisiatif daripada aku dan kawan-kawan di Projek Rabak dengan sokongan 1MDB. Niat 'sekolah' ni dibuka adalah untuk sama-sama kongsi ilmu, idea dan apa-apa saja tentang art.

Buat permulaan, kami akan buka kelas pertama dengan mengadakan 'Kelas Penulisan Kreatif' yang akan dikendalikan oleh penulis/pemuzik; Wani Ardy. Kelas pertama ni akan diadakan pada bulan Oktober.

November, Sekolah Rabak akan buka pula kelas muzik yang dikendalikan oleh seorang revolutioner muzik Malaysiana dan Disember nanti, seorang pembikin filem yang memberi impak kepada sinema Malaysia dengan filemnya yang diterbitkan awal tahun ni pula akan mengendalikan kelas filem. Rabak akan umumkan siapakah mereka apabila tiba masa sesuai.

Kelas-kelas ni tak mengenakan sebarang yuran dan dibuka untuk sesiapa saja yang berminat. Kalau duduk luar Ipoh, tapi berminat, dipersilakan turun dan join kelas!

Klik 'Kelas Penulisan Kreatif' untuk lihat event page di Facebook. Untuk maklumat bagi kelas-kelas seterusnya, boleh 'like' Projek Rabak di Facebook atau ikut di Twitter. Siapa ada Twitter dipersilakan main #SekolahRabak.

'Kongsi ilmu dan idea, majulah semua!'

4 ulasan:

Wan Suhail berkata...

buat kelas ni kat bangsar village tak boleh ke?

MJ berkata...

Boleh, tapi tak bersedia.

biskutkumpang berkata...

old skool flyers ni jay.kalau gua share penulisan gua untuk dapat komen lu boleh ka jay?

MJ berkata...

Aku pun bukan tau sangat bos, but boleh la kalau nak hantar. Meh le link. :)