Jumaat, Ogos 24, 2012

Tayangan Perdana Muzik Video 'Di Matamu Ada Hantu' di 8TV

Tayangan perdana muzik video 'Di Matamu Ada Hantu' akan ditayangkan pada umum di stesyen televisyen 8TV (Quickie) jam 11.30 malam, 26hb Ogos 2012, bersamaan hari Ahad.

Jika di entry ini aku mengumumkan yang video tersebut akan dilancarkan pada #27092012 atau 27 September 2012, kini secara rasmi ianya terbatal. Sebaliknya, pada tarikh itu, Kem MJ akan mengeluarkan kod ringtones 'Di Matamu Ada Hantu' kepada semua bagi yang berminat melagukannya di telefon bimbit.

Minta tolong kepada yang tak jemu-jemu menyokong Kem MJ, supaya sebarkan berita ni dan kongsi link entry ni di mana-mana yang termampu.

Sebelum chow, ingat, lemang not dead.

8 ulasan:

ZAR berkata...

sebagai kutu gua memang respect dengan lu.

MJ berkata...

Terima qaseh banyak le bro. ;)

Anis Amanina R berkata...

wah. itu sudah bagus. congrats yo.

sila la singgah jika sudi. hihi.http://anisamaninar.blogspot.com

MJ berkata...

Dah tengok! Anis, bagitau kengkawan lain ajak tengok tayangan video tu ok!

Mhmn-Hssm berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MJ berkata...

Tunggukan kod ringtones nya dan di YouTube plak #27092012.

meo sepul berkata...

Bukan hang pernah demam ka sebab bantai lemang...Haha!

MJ berkata...

Ahaha. Ye ke? Aku pun lupa! ;)