Rabu, Ogos 29, 2012

Spiral Kinetic Circus: Kultus Pop Malaysiana

Hari ni, tadi, aku sedang layan internet masa dapat berita yang Spiral Kinetic Circus dibubarkan secara rasminya. The idea of memikirkan yang aku tak dapat nak tengok mereka main di atas pentas lagi sangat menyedihkan. Walaupun, beberapa tahun kebelakangan ni SKC tak lagi aktif, tetapi secara logiknya, masih ada harapan-harapan kecil untuk masih menonton persembahan mereka, not until berita tadi yang diumumkan oleh penyanyi merangkap komposer band tu sendiri; Fathullah Luqman Yusuff.

90an adalah era muzik alternatif 'menyerang' industri muzik tempatan--bikin chaos dan buatkan generasi muda 'kembali bernafas' dan percaya yang rock n' roll di Malaysia belum mati. Selain Spiral Kinetic Circus, band-band seperti Butterfingers, OAG, Carburetor Dung, Subculture dll. adalah sebahagian daripada geng 'gelombang alternatif' ni. Geng-geng yang menyelamatkan zaman remaja aku. Tanpa geng-geng ni, maybe sekarang aku sedang merempit.

Spiral Kinetic Circus mula menarik perhatian aku sekitar tahun 1996/1997, aku masih belasan tahun ketika tu. Kali pertama menonton mereka adalah di dalam rancangan 'Alternative' di TV3 (bukan 'Alternatif' versi yang dihoskan oleh Lee Khalid; bekas vokalis Carburetor Dung & The Pilgrims) yang dihoskan oleh Reza; frontman Saturnine. Apa yang aku lihat ketika tu betul-betul mindblowing! Dalam hati, secara rasmi aku umumkan menjadi peminat tegar Spiral. Untuk masa-masa seterusnya, aku hanya dapat menonton mereka di kaca televisyen (itu pun penampilan mereka bukanlah sekerap artis-artis arus perdana lain). Nafsu aku melonjak-lonjak mahu menonton live show Spiral, tapi apakan daya, aku masih seorang remaja dari sebuah kampung kecil di Simpang Pulai yang tak berduit mahu ke Kuala Lumpur.

Berapa tahun lepas discovered band penting dalam hidup aku ni, ada satu hari, aku yang time tu berusia 16 tahun dan pengikut gils babs muzik underground melonjak gembira apabila tahu yang Spiral akan main di Ipoh!

Hari yang ditunggu tiba, misi aku hanya satu; menonton Spiral Kinetic Circus. Aku ke gig yang dianjurkan oleh label indie Ipoh; Bodysurf Music bersama dua orang kawan sekampung; Yuherdi dan Zul Rotit. Dewan Bulan Sabit Merah (bersebelahan Stadium Perak), venue di mana show akan berlangsung dah dipenuhi scenesters--anak-anak yang dahagakan rock n' roll, mata aku pantas dan meliar mencari-cari dalam keramaian. Tahun 90an memang era menggila muzik underground walaupun waktu tu tak ada exposure macam sekarang, setiap gig boleh mencapai tak kurang 500 orang yang hadir dan hingga boleh sampai ke ribu-ribu.

Tanpa menunggu lama, kami melangkah menuju ke pintu masuk venue. Dan, di situlah, buat pertama kalinya aku menatap secara berdepan susuk kurus pop ikon yang selama ni aku tonton di TV berada di depan mata!

Fathul ketika tu berdiri berseorangan bersandar di pintu masuk venue, memandang ke sekitar. Masih aku ingat dia memakai baju kemeja batik biru muda (very offbeat and rebellious for underground musician pakai baju batik zaman tu), rambutnya panjang hingga ke dada. Aku tergamam. Perasaan yang sama aku rasa ketika pertama kali terserempak Butterfingers setahun sebelumnya.

Di depan stage hari tu, aku stagedive, menari bagai nak gila, menjerit terlolong mengikut setiap lirik-lirik ketika hero-hero aku mengawal pentas. Spiral telah membebaskan aku--menjadi seorang remaja yang harus memenuhi tuntutan sendiri, 'Dunia boleh jalan dan tinggalkan aku kerana sekarang aku mahu rock n' roll.' Itu adalah antara shows yang paling memorable untuk aku sampai sekarang.

Itu kali pertama aku menonton mereka; kali pertama dan terakhir mereka bermain di Ipoh. Selepas daripada tu, aku dah tak dapat lagi menonton mereka kerana kebanyakkan show adalah di K.L dan beberapa tahun kemudian, mereka juga mula perlahan-lahan tidak aktif sehingga Spiral hiatus.

1997, SKC pernah menerbitkan sebuah album bertajuk 'Sweetened Condensed Tunes for the Broken Hearted' dan sebuah split kaset bersama Dead Mushroom (pelakon Rashidi Ishak adalah salah seorang gitaris band ni).

Tahun 1997 juga mereka mengeluarkan video muzik mereka yang rasmi--the one and only video clip, untuk lagu bertajuk 'Iris'. Bayangkan, 1997, Spiral dah menulis lagu yang begini!



Sejak 1998, aku sendiri mula main band secara aktif dalam sirkit underground. Pembabitan dalam scene membolehkan suatu hari aku sendiri mengenali Fathul lebih dekat dan seterusnya kami menjadi rapat. Fathul bukan hanya pop ikon untuk aku, dia juga adalah seorang brother yang selalu ada ketika mana aku dalam keadaan tak menyenangkan. Hubungan aku dan Fathul kemudiannya menjadi more than sekadar seorang fanatik tegar dan ikonnya. We built our friendship from my admiration for him.

Fathul juga seorang pelukis yang pernah mengadakan beberapa pameran. Pernah suatu hari kami borak...

"Cantik-cantik lukisan, kalau la ada duit, boleh beli."
"Birthday hang bila?" Tanya dia.
"September."
"Birthday hang nanti, datang tempat aku, pilih memana satu lukisan hang nak."

As hero, dia kotakan janjinya bila one day aku ke studionya dan dia menyuruh aku memilih mana-mana satu lukisan yang aku mahu sebagai hadiah harijadi.


2004. Spiral kembali beraksi untuk satu show di Kuala Lumpur. Tetapi bukan bersama original members. Aku sebagai fanatik, tak peduli, original tak original, janji Spiral. Aku hadir menonton, masih mat kampung Simpang Pulai, tetapi Kuala Lumpur dah bukan lagi tempat asing untuk aku seperti waktu remaja dulu. Mereka berkongsi pentas bersama band Jepun; Buddhistson (yang pernah aku tonton beberapa tahun sebelum tu) dan Whence He Come band dari Hong Kong. Aku tak peduli tentang dua band tu, aku mahu tengok Spiral. In and out. Puas menonton. Kapish!

6 tahun kemudian, pada tahun 2010, sekali lagi mereka membuat penampilan dan kali ni bersama dengan original members! Mustahil untuk aku tak menonton. Dan aku ada menulis tentangnya di sini; klik!

Itu sedikit cerita ringkas, memori aku tentang one of the greatest bands yang pernah wujud di Malaysia.

Tadi aku hantar teks pesanan ringkas pada Fathul.

'Sedihnya dengar news tu...'

Dia hanya balas dengan,

'Progression. :)'

Apa maksudnya, aku sendiri tak faham. Tetapi perkataan 'progression' tu sendiri adalah satu petanda positif dan cukup untuk buat aku tersenyum.

Spiral Kinetic Circus mungkin dah tak ada, tetapi tak mati, kerana kultus akan kekal selamanya dengan legacy.

2 ulasan:

ana berkata...

Fathulistiwa!...dlu aku cri band ni..time tu nk dgr sgt..tp time tu mane ade medium mcm youtube skrg...smpailah gua pom da lupa pasal band nie...tak sangka kau post kat cni..hehe..tq bro...

MJ berkata...

Aku ada CD tu! ;)