22 Mei 2013 ni, tepat tiga tahun buku pertama aku, '28 Hari: Jurnal Rock n' Roll' keluar. Dalam masa tiga tahun ni jugak aku dah keluarkan beberapa buah buku, salah satunya novella, 'Anarki di Kuala Lumpur'. Apa yang aku tahu kedua-dua buku ni dah kehabisan stok dan tak ada lagi dijual di mana-mana kedai buku setelah terbitan pertama selamat di-sold out-kan. Tabik untuk semua yang membeli dan tak pernah berhenti menyokong.
Permintaan untuk kedua-dua buah buku masih tak pernah putus, malah ada pembaca-pembaca baru yang mencari-cari di mana boleh depa dapatkan '28 Hari' dan 'Anarki'.
Afraid not. Dalam masa terdekat korang dah boleh dapatkan kedua-dua buah buku tu. Paling layan adalah, kedua-duanya akan digabungkan dalam satu buku. Dua dalam satu.
Kombo buku tu akan diterbitkan semula oleh penerbit baru aku; Lejen Press. Apa-apa hal korang boleh contact depa untuk tanya perkembangan lanjut.
Tolong beritahu semua kenalan dan ulat-ulat buku yang literature rock n' roll tempatan kembali bernafas.
Isnin, Mei 20, 2013
Rabu, April 03, 2013
Tentang 'Aksi Reaksi 2: Dokumentasi Dum Dum Tak'
Brudda tulis buku ni namanya Nizang; punk rocker berkaca mata yang rileks-rileks dan kool. Sebelum borak pasal buku dia, nak cerita sikit camna aku kenal mamat Terengganu ni. Cerita lama, 90an punya hal.
Masa tu aku belasan tahun (umur kami sama), gils babs fanatik dengan hal-hal counter culture--underground scene. Satu hari aku dapat tahu pasal 'Mosh', fanzine punk rock dan skate tulisan Nizang. Time tu aku pun skate dan tulis zine punk rock sendiri dengan beberapa kawan sekampung. Ini semua zaman zine fotostat hitam putih, zaman potong artikel-gam-fotostat, zaman rajin tulis artikel marah-marah sana-sini.
Kami mula berutus surat, ol' skool style! No social networks.
Sejak dari tu, kami sentiasa ambil tahu tentang progress masing-masing secara tak langsung, hinggalah kami berjumpa face to face di Koala Lumpor (ye ke?)--tapi aku lupa di mana dan waktu bila (mungkin Nizang ingat).
Nizang aktif, main band, tulis zine, bikin record label--dedikasi dia pada scene memang tak terhingga. Aku rasa RM yang dah dihabiskan untuk scene maybe boleh buat duit beli tanah kat tepi pantai Terengganu sana. Kalau dalam scene ada jawatan, aku vote mamat ni jadi menteri.
Buku 'Aksi Reaksi 2: Dokumentasi Dum Dum Tak' adalah buku ditulis secara sangat santai dan ianya bahan bacaan ringan walaupun isinya agak berat; tentang punk rock, politik, isu-isu humanity dll. Dengan saiz poket yang sesuai dibawa ke mana saja, aku menyarankan buku ni dimiliki muda-mudi yang mahu bacaan rock n' roll acuan Nizang--no sex or drugs. Ini bukan sastera tinggi, ini tulisan direct tak ada bahasa bunga-bunga dan tak ada cubaan jadi pseudo intellectual. Baca buku ni dan kita akan tahu, this is Nizang. People should write because they want to express, not to please others. Dan Nizang did it well, write to express, to document--Nizang bukan nak masuk pertandingan menulis. Buku ni offer pure and raw materials. Kalau nak cari kesalahan tatabahasa atau standard penulisan tinggi-tinggi, boleh cari kat tempat lain.
Dengan prakata ditulis oleh Hishamuddin Rais, aku rasa buku ni patutnya dah diangkat jadi bahan bacaan wajib punk rockers terutamanya dan mat-minah yang belajar-belajar nak jadi rock. Mungkin buku ni tak cukup deep bagi sesetengah orang, but, perkara paling penting adalah contribution buku ni untuk scene. Sumbangan walau sekecil manapun atau seteruk manapun still wayyy better than do nothing.
'Aksi Reaksi 2: Dokumentasi Dum Dum Tak' diterbitkan oleh Perak Alternatif Press & Distro dan Kolektif Kaki Ketik. Boleh hubungi mereka untuk tempahan online atau yang berada di Ipoh boleh terus walk in ke Khizanat. Beli dan sokong scene punk tempatan moga ia terus subur dan menggegarkan!
Gambar di bawah adalah pose-konon-messy-punk-rock dengan harapan buku ni bakal terjual sebanyak mungkin, walaupun yang sebenarnya depa patut letak balak hensem dan makwe cunz untuk pose dengan buku ni.
Adios. Viva la punk!

Labels:
Ulasan Buku
| Reactions: |
Khamis, Mac 28, 2013
Projek Streetwear
Banyak tahun lepas, aku dan sorang member ada bikin satu clothing line, Evol. Kami keluarkan t-shirt, kemeja, kasut DIY-conteng-sendiri, cap dan vest. Evol tak tahan lama, komitmen kami masing-masing dusyum ke laut. Lepas banyak tahun tu, ada juga terfikir nak bikin balik clothing line, tapi sebab tak ada masa (baca: malas atau wang tarak) aku simpan je diam-diam dalam hati.
Tapi beberapa minggu lepas, nafsu nak bikin semula streetwear membuak-buak, mungkin sebab teruja tengok baju-baju dihantar untuk dijual di Khizanat. Semangat datang tiba-tiba, tak boleh ditahan-tahan lagi, nafsu menderu berlumba-lumba. Kapow! Aku siap bikin design pertama dengan bantuan Stellz.
Kalau nak nampak koolz, beli baju ni. Nak nampak poyo pun beli baju ni. At least, kalau orang kutuk poyo pun, tapi bergaya--si poyo yang bergaya. T-shirt ni sesuai untuk semua yang true to the core sampai poseur boleh pakai. Kalau low self esteem nak mengayat, pakai baju ni try ngurat, maybe boleh dapat, kalau tak dapat pun takpa, balik bikin lagu punk rock dan marah. Rayakan budaya pop, friends.
'Punk Rock Bukan Jenayah' dalam tiga warna, saiz 'S' dan 'M' (t-shirt print on Gildan).
Cara-cara membeli:
1. Bank in jumlah yang dinyatakan ke akaun Maybank 558314419848 (Khizanat).
2. Emel nama barangan, slip pembayaran, nama, alamat, nombor telefon, warna dan saiz ke khizanatipoh@gmail.com.
3. Kemudian tunggu inche posmen dengan penuh sabar dan senyum.
4. Mudah, kan? Masih lagi blur? Korang call, text atau WhatsApp je la ke: +6012-5622353.
5. Walk in terus ke Khizanat.
RM50 (penghantaran percuma/free shipping)

Khizanat,
Lokalah,
Projek Rabak
| Reactions: |
Isnin, Mac 18, 2013
Post Pelancaran Khizanat
2013 untuk aku bermula dengan agak harsh sebenarnya. Macam-macam perkara bitter terjadi. Emotionally disturbed with surrounding. Tapi, aku tahu, aku tak pernah screw sesiapa and tu membuatkan aku rasa mighty good about myself. I, maybe an arsehole, but I don't screw people, especially my friends.
Dalam situasi anarki dan huru-hara tu, aku macam biasa, terus berjalan dan mencari-cari mimpi.
Allah the Greatest. Dia duga aku macam-macam untuk bagi aku semula macam-macam. Dan apa yang diberi tu melampau-lampau berbaloi and worth it. Happiness berganda.
Sabtu lepas adalah hari pelancaran/pembukaan Khizanat; art space + distro + social club + mini kafe yang aku usahakan bersama beberapa kawan.
Melihat orang-orang yang datang, bersosial dan berkenalan dengan kawan-kawan baru amat refreshing. People datang bukan saja dari Ipoh, malahan luar--ada dari Seremban, Kedah, Selangor, K.L, Johor dan daerah-daerah lain yang asing. Komunikasi sesama manusia mengembirakan aku, buat aku tersenyum, macam lelaki miang nampak nurse cantik.
I love my current surrounding, top notch atmosphere, great great friendship. Positive vibes, mode on. Hatred terbang ke tong sampah.

Foto hari pelancaran.
Labels:
Khizanat,
Projek Rabak
| Reactions: |
Isnin, Mac 11, 2013
Cara Mudah Beli T-Shirt Projek Rabak, Khizanat dan Rabak Lit
Ada barang baru, panas baru keluar dari oven! Sebelum lebih ramai yang bertanya camna nak dapatkan--beli baju-baju ni, kat sini aku sediakan cara-cara paling mudah, simple, sap sap soy untuk semua. Even, orang paling malas dalam dunia pun mampu bikin, percayalah.
Mula-mula, usha la baju mana yang korang minat. Setakat ni baru keluar 3 designs ni je. Di bawah entry ni korang boleh usha design-nya.
1. Projek Rabak 'Generasi Rabak'
2. Khizanat 'T-shirt Rasmi'
3. Rabak Lit 'Buku Tak Mati'
Kesemua baju di atas harganya RM40 by hand dan RM50 (termasuk bayaran Pos Laju) jika melalui online.
Cara-cara membeli online:
1. Bank in jumlah untuk setiap harga baju ke akaun Maybank 558314419848 (Khizanat).
2. Emel slip pembayaran, nama, alamat, nombor telefon, warna dan saiz ke khizanatipoh@gmail.com.
3. Tunggu inche' posmen sampai dan kemudiannya boleh bergaya.
Mudah nak mamps, kan?
Kalau nak beli by hand, boleh walk in ke Khizanat terus atau boleh jugak dibeli masa Pelancaran Khizanat pada 16 Mac 2013 ni.
Sebarang pertanyaan boleh call terus ke 0125622353. Tolong kongsi entry ni ya. Peace!
![]() |
Labels:
Khizanat,
Projek Rabak,
Rabak Lit
| Reactions: |
Isnin, Mac 04, 2013
Pra Pelancaran Khizanat
Januari 2011, aku dan beberapa orang kawan bikin sebuah
kolektif art, Projek Rabak. Direction-nya adalah untuk meraikan budaya pop--mengembangkan dan berkongsi seni. Kami bermula tanpa satu sen pun. Tempat
pertama kami gunakan untuk bikin acara adalah Menora; sebuah pusat
tuisyen milik seorang teman yang juga pengasas bersama Rabak. Di Menora ada
sebuah dewan yang boleh memuatkan sekitar 80-100 orang, di situlah buat pertama
kalinya acara Rabak dibikin--‘Wayang Rabak’; menayangkan filem-filem
kepada umum dengan tiket RM3 dan popcorn D.I.Y! Bermula dari situ, di tempat
yang sama kami mula anjurkan bacaan puisi, akustik, forum dan secara tak
langsung ianya berkembang perlahan-lahan menghubungkan karyawan-karyawan dan fanatik-fanatik
seni. Rabak mula dijemput ke acara-acara luar dari Ipoh dan mula dikenali
sebagai sebuah pergerakkan counter culture. The art scene for youth kembali kick arse di Ipoh.
Projek Rabak tak ada sempadan, tak ada dinding pemisah--terbuka untuk semua yang
berminat merayakan kesenian untuk bersama berkongsi menjadi satu. Jadinya, dalam kolektif kami ni penuh dengan karyawan-karyawan pelbagai cabang art. Dari pembikin filem amatur,
pelukis, penyajak, pemuzik hinggalah ke mime artist, dan, yang paling ramai
sekali adalah penulis. Maka atas sebab tu jugalah kami menubuhkan rumah penerbitan sendiri dinamakan Rabak Lit pada April 2012.
Fokus Rabak-Lit adalah menerbitkan karya
penulis-penulis yang kami suka, yang tulisannya menawarkan penulisan alternatif
berbanding tulisan sedia ada di arus perdana. Kebanyakkan mereka adalah
penulis-penulis underground yang tak punya lulusan atau sijil penulisan
daripada mana-mana kolej mahupun universiti. Kami suka, kami terbit, kami jual.
Kami tak kaya tapi happy.
Sejak dari bermulanya Rabak, bermacam suka dan pelbagai duka dihadap. Kawan baru datang, kawan lama hilang, musuh jadi kawan, kawan jadi
lawan. Penyokong Rabak di mana-mana dan pembenci Rabak juga di mana-mana.
Segalanya seimbang menunjukkan yang dunia adil. Konflik dan drama dalam friendship adalah perkara yang tak dapat
dielakkan. Ayat klise; it’s hard, but that’s life. Yang berhenti biarkan
berhenti, yang masih percaya pada mimpi-mimpi dialu-alukan dengan pintu terbuka
untuk join the club. So, what's next in the camp?
Dengan izin Big Boss Besar, insya Allah, pada 16 Mac ni akan
dilancarkan pula Khizanat.
Apa sebenarnya Khizanat?
Bagi kami, ianya adalah art space; tempat karyawan-seniman
berkumpul menghidupkan seni. Juga adalah sebuah kelab sosial—community club;
tempat melepak menghubungkan pencinta-pencinta art. Dalam masa sama sebuah
distro menjual buku, fesyen, muzik yang ada menyediakan homemade burger, kopi dan
makanan-makanan simple yang lain. Turut mempunyai galeri dan ruang untuk
mengadakan live performance for bands, singer-songwriters, poets dan lain-lain.
Minta tolong bagi yang mengetahui tentang Khizanat untuk
menyebarkan cerita tentang tempat baru ni. Kami mahu berhubung, teruskan berhubung,
mari berhubung, kerana hanya dengan berhubung silaturrahim akan terjalin dan
budaya pop tak akan mati.
Semua dijemput dan dialu-alukan ke Khizanat kerana ianya
tempat untuk semua. 7 hari seminggu, 24 jam sehari. Jika ada masa lapang,
dijemput datang ke pelancaran Khizanat. Klik di sini untuk lihat maklumat lanjut tentang siapa yang akan perform dan apa lain yang disajikan. Ada muzik, ada filem, ada buku dan macam-macam lagas.
Happy Monday!
Labels:
Khizanat,
Projek Rabak
| Reactions: |
Selasa, Januari 22, 2013
Khizanat? Apa Kot?
Mimpi-mimpi tak akan mati selagi kita tak berhenti.
Aku dan Adam, seorang kawan sekampung; salah seorang pengasas Projek Rabak dan pencipta PeaceBeUponYou pernah ada satu mimpi. Mimpi tu adalah membuka sebuah port/HQ/kedai atau (letak apa nama sesuai di sini). Sebuah tempat yang meraikan pop culture dan merayakan kesenian.
Beberapa tahun berlalu, mimpi-mimpi kami hanyalah borak-borak kosong di kedai kopi, angan-angan Mat Jenin--tak ada tanda-tanda akan terjadi sehinggalah tiga ratus lima puluh tahun kemudian, pada tahun ni, 2013. Dengan usaha dan kerja keras kawan-kawan lain di Rabak; terutama Seyn dan Riduan A.dullah, kami akhirnya sedang dalam proses membuka 'port' sendiri di bandar tua kami; Ipoh. Tempat ni kami namakan, Khizanat. Apa maksudnya? Ayuh tanya Inche' Google.
Apa sebenarnya Khizanat ni? Mungkin ianya adalah art space--ruang untuk seniman-seniman dan artis-artis berkarya (atau melepak). Dalam masa yang sama, di Khizanat ada disediakan bahagian buku, pakaian, cakera padat, galeri, live venue (untuk gig, reading, screening etc.) dan sedikit makan minum dan beberapa stuff lain lagi. Ianya bukan kafe total. Atau butik. Atau pun kedai buku besar. Mahupun kedai muzik. Apatah lagi galeri seni yang hebat ataupun kelab muzik. Aku sendiri keliru. Kami sendiri keliru. Mungkin apa yang paling hampir adalah art space ataupun social club. Kelab di mana mengumpulkan orang-orang yang berminat dengan hal-hal berkaitan. Entah.
Ketika aku menulis ni, Khizanat masih lagi dalam proses renovation. Tinggal 70% untuk disiapkan. Insya Allah jika tak ada masalah, pertengahan Februari kami akan buka pintu.
If berminat mahu tahu berita-berita terkini Khizanat. Boleh 'like' Khizanat di Facebook, ikut di Twitter dan cari kami di Instagram: @khizanat. Kalau ada pula yang mahu letak stuff, boleh call: 0125622353.
Aku akan update blog dengan tarikh pembukaan nanti. Atau ikut je link di atas. Di bawah adalah logo Khizanat yang dibikin Adam sendiri.
Mari berhubung!
Mari berhubung!
Labels:
Khizanat,
Projek Rabak
| Reactions: |
Selasa, Januari 15, 2013
Pix 'Kelas Filem' bersama Dain Said di Sekolah Rabak
Sedikit pix daripada 'Kelas Filem' bersama Dain Said di Sekolah Rabak. Untuk lihat lebih banyak gambar-gambar, boleh klik sini!
Labels:
Projek Rabak,
Sekolah Rabak
| Reactions: |
Selasa, Disember 18, 2012
Pix 'Kelas Muzik' bersama LoQue di Sekolah Rabak
Ada yang dari Kuantan, dari Johor dan merata ceruk lagi. TQaseh dan jangan lupa ke 'Kelas Filem bersama Dain Said' pula. Klik untuk baca details.
Untuk lebih pix usha sini: KLIK!
Untuk lebih pix usha sini: KLIK!
Labels:
Projek Rabak,
Sekolah Rabak
| Reactions: |
Isnin, Disember 17, 2012
SEKOLAH RABAK: 'Kelas Filem' bersama Dain Said
Sessi ketiga dan terakhir Sekolah Rabak akan membawa pengarah filem 'Bunohan' dan 'Dukun' untuk 'mengajar' beberapa hal tentang filem.
Untuk yang tak pernah ke Sekolah Rabak, ni la masa yang sesuai kerana ianya mungkin yang terakhir dan untuk yang pernah menghadiri Sekolah Rabak, rasanya tak perlu aku katakan apa-apa kerana korang sendiri pernah melalui pengalamannya.
Klik 'Kelas Filem' untuk tandakan kehadiran anda di event page di Facebook. Tolong sebarkan berita ni ke seramai yang mungkin.
'Kongsi ilmu dan idea, majulah semua!'
Untuk yang tak pernah ke Sekolah Rabak, ni la masa yang sesuai kerana ianya mungkin yang terakhir dan untuk yang pernah menghadiri Sekolah Rabak, rasanya tak perlu aku katakan apa-apa kerana korang sendiri pernah melalui pengalamannya.
Klik 'Kelas Filem' untuk tandakan kehadiran anda di event page di Facebook. Tolong sebarkan berita ni ke seramai yang mungkin.
'Kongsi ilmu dan idea, majulah semua!'
Labels:
Projek Rabak,
Sekolah Rabak
| Reactions: |
Langgan:
Catatan (Atom)